Trending By: Attiqah Mohd May 12, 2020 @ 3:36pm

Bantuan Khas Aidilfitri Diberikan Buat Penjawat Awam Dan Pesara Mulai 20 Mei

Hargailah jasa para petugas barisan hadapan dan penjawat awam kita yang gigih berusaha dan bekerja demi negara tercinta..

Kerajaan mengumumkan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan gred 56 ke bawah dan pesara kerajaan pada 20 Mei ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata pegawai perkhidmatan awam akan menerima sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250.

Bantuan buat guru interim dan pemandu

Katanya, bantuan khas Aidilfitri ini juga akan dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai yang tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.

Malah, pesara kerajaan yang memilih skim pencen dan penerima pencen terbitan akan dibayar RM250 manakala pesara yang dilantik semula secara kontrak akan menerima RM500.

“Bagi pegawai perkhidmatan awam yang meninggal dunia pada 20 Mei juga layak menerima RM500 yang akan dibayar oleh jabatan terakhir dia berkhidmat,” katanya.

Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM855 juta bagi bantuan tersebut.

Semoga dengan bantuan ini, dapat meringankan lagi beban para penjawat awam dan para pesara. Semoga di bulan puasa ini kita semua memperoleh rezeki yang halal. Amin.

Untuk info lanjut, tonton video di bawah:

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Aug 2021

“Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

Ya Allah, semoga Siti Sarah Raisuddin & Kandungan diberikan afiyah. Aamiin ♡

Featured Sun, 22 May 2022
Hiburan Thu, 16 Feb 2023
Selebriti Sun, 25 Feb 2024
Trending Wed, 20 Jun 2018

Pembantu Trump Undur Diri?

Nampaknya Joe juga mengucapkan selamat tinggal kepada presiden AS itu! Beliau juga menyertai senarai panjang bekas petugas yang mengundurkan diri dari Rumah Putih sejak beberapa bulan lalu, sama ada secara sukarela atau kerana dipecat.

Trending Thu, 25 Aug 2022

“Seriuslah Dia Pakai Macam Tu?” – Swimsuit Leona Jadi Bualan Netizen

Sering menjadi perhatian warganet dek kerana penampilannya yang seksi, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi menimbulkan rasa kurang senang netizen. Minggu lalu, media melaporkan bahawa bapanya mengakui sudah ‘jenuh’ menasihati […]