Featured By: Fatin Nurain July 3, 2022 @ 12:56pm

Akui Terima Lebih Banyak Tawaran, Melur Untuk Firdaus Ibarat ‘Batu Loncatan’ Buat Anna Jobling

Pelakon Anna Jobling atau nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, mengakui menerima lebih banyak tawaran selepas drama lakonannya menerusi drama Melur Untuk Firdaus di TV3 mendapat sambutan luar biasa.

Namun, pelakon wanita kacukan Melayu, Inggeris dan Portugis itu tidak tamak dan menyatakan dirinya hanya mampu menjayakan satu watak utama pada suatu masa.

“Memang banyak tawaran diterima. Malah, ketika masih menjayakan penggambaran Melur Untuk Firdaus pun saya ada dapat ‘job’.

“Sekarang, saya sedang melakonkan watak heroin untuk drama 20 episod terbitan TV3 bersama Amar Baharin, iaitu Terima Kasih Cinta.

“Saya fokus dengan drama ini dahulu. Agak sukar untuk saya berlari ke sana-sini apabila sedang melakonkan watak heroin,” jelasnya.

Menurut Anna, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan empat hingga lima watak pada suatu masa ketika memegang watak sampingan sebelum ini.

Selain itu, Anna turut meluahkan rasa bersyukur selepas banyak pihak mula menyedari bakatnya dan menganggap drama Melur Untuk Firdaus itu sebagai batu loncatan buat dirinya dalam industri.

“Akhirnya, ramai mula sedar. Saya memang bekerja keras untuk sampai ke tahap ini. Saya harap akan terus bekerja gigih memperbaiki mutu lakonan saya.

“Saya tidak percaya ramai penerbit yakin saya boleh bawa watak heroin. Saya sangat berterima kasih terutama kepada penerbit Melur Untuk Firdaus.

“Drama ini membuatkan saya betul-betul dikenali. Sebelum ini, saya berlakon sedikit-sedikit sahaja selain aktif dalam bidang peragaan,” katanya.

Malah, pelakon jelita itu mengakui tidak kisah lebih dikenali sebagai Melur, berbanding namanya sendiri kerana secara tidak langsung membuktikan lakonannya menerusi drama itu berjaya.

“Saya sangat bersyukur nama itu popular. Saya tidak kisah ramai panggil saya Melur. Ini secara tak langsung memberi

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Feb 2023
Featured Thu, 17 Aug 2023
Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Rambut Pink & Tampil Seperti Barbie, Masya Masyitah Dah Freehair?

Uishhh, rambut pink la Masya Masyitah 🫣🫠

Featured Wed, 16 Aug 2023

Didakwa Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah, Ubai Tampil Beri Respons Padu! – “Dasar Kepala Paip!”

Bawa bersabarlah Ubai & Sha. Tak faham ada juga yang menatliti masih rendah sekarang ni ek🥴

Featured Fri, 17 Mar 2023
Selebriti Sun, 4 Jun 2023