Hiburan By: SGMS Faida June 30, 2018 @ 3:45am

Bront Palarae Perlukan RM 2 juta Untuk Naskah Inspirasi

Pelakon dan pemilik rumah produksi Pixel Play, Bront Palarae menganjurkan kempen di mana dia berhasrat mengumpul dana untuk filem arahannya berjudul Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen.

Katanya, dana sebanyak RM 2 juta diperlukan bagi membiayai projek filem berkenaan.

Dalam masa sama, Bront berharap filem ini dapat dihasilkan dan ditayang pada sambutan kemerdekaan, tahun depan.

“ Kempen ini dibuat bagi mengumpul dana untuk menjayakan filem yang diangkat daripada kisah benar.

“ Bajet yang diperlukan untuk filem ini adalah sekitar RM4.4 juta, tetapi kami hanya memerlukan RM2 juta sumbangan ikhlas daripada peminat dan orang awam di luar sana.

“ Selain itu, kami turut memohon dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), tetapi ia masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada BH Online.

Kempen berkenaan dilancarkan sejak 18 Jun lalu dan bakal berakhir 31 Julai depan.

Sebagai tanda penghargaan buat mereka yang bermurah hati memberikan sumbangan, katanya, produksi itu menyediakan beberapa cenderahati seperti pelekat kereta, cawan, beg, kemeja-T dan tiket ke acara tayangan gala filem berkenaan yang dijangka berlangsung pada 23 Ogos 2019.

“Kami menawarkan pakej cenderahati berbeza bagi setiap nilai didermakan, iaitu bermula daripada RM5 hingga RM250,” katanya.

Tambah Bront, naskah bakal arahannya ini bukan sekadar karya yang dijangka mampu menghiburkan khalayak, malah dapat memberikan inspirasi kepada generasi akan datang.

Maklumat lanjut mengenai kempen itu boleh didapati dengan melayari www.reward.pitchin.my/projects/dawn-raid-the-hands-that-rattled-the-queen.

Ketika artikel ini ditulis, sumbangan yang diterima daripada orang ramai hampir mencecah RM7,000. – BH Online

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Oct 2022

Pembedahan Dirahsiakan, Sissy Imann Akhirnya Dapat ‘Greenlight’

Alhamdulillah.. Semoga segera diberi kesembuhan

Featured Sat, 16 Oct 2021
Featured Sun, 26 May 2024
Selebriti Mon, 6 May 2024
Events Mon, 2 Mar 2020

“Senyuman Saya Malam Tadi Lebih Dipaksa Dari Biasa” Bapa Ashraf Sinclair Akui Masih ‘Sakit’

Kalau ibu Allahyarham Ashraf Sinclair masih belajar mahu menerima kehilangan anak sulungnya, bapa Ashraf, Mohamed Anthony John Sinclair pula mengakui kehilangan anaknya itu cukup memberi impak yang besar dalam dirinya. “Kehilangan. Itu yang mampu diungkapkan […]

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Ebby Yus Masuk Hospital Kerana Sakit Jantung

Moga cepat sembuh buat Ebby Yus

Hiburan Mon, 29 Jan 2024

Dompet Hantaran Nikah Tercicir, Imran Aqil Cuai Gara-Gara Tertidur Dalam Pawagam! Rupanya Ada Yang…..

Alamak…. dahlah dompet tu hadiah hantaran nikah! Lepas ni jangan lalai yerr..

Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Tahniah, Isma Selamat Bergelar Isteri!

Isma menerusi Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit.