Featured By: Salma Syahbuddin April 25, 2024 @ 1:21pm

“Fitnah! Macam Mana Boleh Terfikir Idea Sampai Tahap Ni”- Ruhainies Tuduh ‘Sailang’ Tawaran ‘Job’, Bella Astillah Buka Mulut … Sedia Tunjuk Bukti

Kontroversi hubungan Aliff Aziz, Ruhainies dan Sarah Yasmine bagaikan tidak berkesudahan apabila pelakon Bella Astillah tampil membuka mulut dan memberikan respons terhadap hantaran perbualan WhatsApp yang dikongsikan.

Kata Bella, apa yang ditulis Ruhainies mengenai dakwaan dia sengaja menghantar emel kepada jenama-jenama yang sedang bekerjasama dengan aktres itu adalah fitnah sama sekali.

Malah, Bella tidak takut untuk mengemukakan bukti sama ada dia bertindak seperti yang didakwa atau sebaliknya.

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua cahaya mata itu kesal dengan tindakan Ruhainies yang sanggup tampil dengan idea ‘jijik’ semata-mata mahu memanipulasi Aliff.

Dalam hantaran sama, Bella kelihatan sebak apabila berkongsi tangkap layar bukti perbualan WhatsApp Ruhainies dan Aliff mengenai baju raya mereka.

Terdahulu, Bella mengaku kini dalam fasa move on dan menyifatkan pendedahan yang dibuat Sarah mengenai hubungan bersama suaminya dapat mengukuhkan lagi bukti di mahkamah kelak.

Malah, dia tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana Sarah merupakan salah seorang dari 11 orang wanita yang menjalinkan hubungan dengan suaminya.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguhkan susulan ketidakhadiran Aliff yang dikatakan terikat dengan penggambaran drama.

Pada 4 April lalu, Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai ketika sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Artikel Berkaitan: Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

Artikel Berkaitan: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

Artikel Berkaitan: Tak Ambil Port Isu Aliff Aziz, Bella Astillah & Ruhainies… Kesal Fakta Dimanipulasi, Giliran Chacha Maembong Beri Penjelasan

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Diuji Macam Ni, Nanti Kita Lupa Allah” – Tular Guna ‘Short Form’, Mesej Mesra Aliff Aziz & Ruhainies Dikritik

Artikel Berkaitan: “Panggil Bini B*b*, P*k*m*k Tapi Kat Mahkamah Tak Nak Lepaskan” – Netizen Bengang Aliff Aziz Guna Kata Kesat Kepada Bella Astillah 

Artikel Berkaitan: Ungkit Tragedi 2019, Ruhainies Didakwa ‘Hasut’ Aliff Aziz Untuk Benci & Ceraikan Bella Astillah? – “Apa Yang Dia Buat Tu Jahat! Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toksik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

OMG Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kongsi Rutin Senaman, Badan Fit Fify Azmi Jadi Tumpuan – “Wahhh Siap Ada 6 Pack Abs”

Pelakon Fify Azmi atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu perkongsian mengenai rutin senaman harian. Dalam perkongsian terbabit, Fify menunjukkan bentuk tubuh badannya yang mempunyai six pack abs. […]

Hiburan Tue, 21 Jun 2022
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

河智苑弟弟全泰秀因忧郁症自杀身亡!

韩国影后河智苑的亲弟弟、演员田汰遂(前译:全泰秀)今天惊传因忧郁症而自杀身亡, 享年34岁,这是继去年底SHINee成员钟铉之后,又一艺人因忧郁症而自杀,让家人与粉丝们均悲痛不已。

Trending Thu, 3 Dec 2020