Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 11, 2024 @ 1:50pm

Datuk Noora Tak Jadi Kahwin Dengan Azri Iskandar – “Kami Tak Serasi, Dah Putus Sejak Hujung Mei”

Hasrat pelakon, Azri Iskandar untuk mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Datuk Noora Kay tidak kesampaian selepas hubungan mereka terlerai sekitar penhujung Mei lalu.

Memetik laporan mStar, Noora, 48, memaklumkan dia dan Azri tidak mempunyai keserasian untuk meneruskan hubungan sebagai pasangan suami isteri.

“Apa yang saya boleh cakap memang kami dah putus sejak akhir Mei lalu.

“Saya percaya ajal, maut dan joodh semuanya ketentuan Allah.

“Selepas berkawan dengannya, saya rasa tiada keserasian di antara kami,” katanya.

Azri Iskandar

Sementara itu, Noora berkata Azri menerima keputusannya untuk berpisah dengan hati yang terbuka.

Meskipun tiada jodoh untuk berkahwin, namun Azri dan Noora masih mengekalkan hubungan yang sebagai kawan.

“Abang Azri seorang yang sangat baik. Apabila saya memberitahu yang saya rasakan kami tidak serasi, dia boleh terima dengan terbuka.

“Walaupun sudah berpisah, kami masih mengekalkan hubungan baik. Buat a[a nak bergaduh, kami bukan budak-budak muda lagi,” tuturnya lagi.

Terdahulu, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty berkongsi berita gembira apabila bekas suaminya, Azri sudah menemui kebahagiaan dan bakal menamatkan zaman dudanya.

Sekadar info, Azri dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19 dan Nur Azreen, 15.

Artikel Berkaitan: Dedah Azri Iskandar Bakal Kahwin Tahun Ini, Ellie Suriaty Percaya Datuk Noora Kay Mampu Bahagiakan Bekas Suami

Artikel Berkaitan: Jumpa Kekasih Azri Iskandar Berstatus Datuk, Ellie Suriaty & Anak-Anak Gembira – “Suka Tengok Mereka Berdua”

Artikel Berkaitan: “Saya Tiada Bisnes, Berlakon Saja Sumber Pendapatan Saya” – Azri Iskandar Tak Perlukan Bantuan Walau Tak Ada Job

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Dec 2022

Terima Kasih Cinta Temukan Anna Jobling & Amar Bahrin

Pertemuan Raihana dan dua anak kecil Yaya dan adiknya, Lea menjadi satu pertelingkahan dan perselisihan faham antara Raihana dan Harris. Harris menunjukkan sifat bongkak dan sombongnya menegaskan bahawa dia tidak memerlukan pertolongan Raihana untuk menjaga […]

Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Tue, 7 Feb 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Dapat Kejutan, Untungnya Jadi Elfira Loy!

Tak sabar nak tengok Elfira jadi ibu!