Hiburan By: Dhia Iwana June 21, 2024 @ 11:54am

Shah Iskandar Dan Puteri Sarah Wajah Baharu Polis Peronda Di Jalan Raya

Bersempena dengan bulan istimewa ulang tahun TV3, ‘Inspirasi Generasi’, TV3 membawakan pelbagai kandungan khas buat penonton yang setia dengannya selama 40 tahun bersiaran.

Terbaharu di TV3, drama siri aksi kepolisan Polis Peronda akan menemui penonton sepanjang lima (5) episod bermula 28 Jun, setiap Jumaat jam 10.00 malam dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Siri Polis Peronda ini diterbitkan oleh Skop Productions Sdn. Bhd dan diarahkan oleh penerbit dan pengarah terkemuka tanahair iaitu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof dan C. Kumaresan, serta dibarisi pelakon terkenal seperti Shah Iskandar, Puteri Sarah, Ali Reza, Ramona Zamzam, Raja Afiq, Soffwany Yusoff, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Polis Peronda menceritakan tentang pengalaman dan tema yang berkait rapat dengan Unit Kereta Peronda (Unit MPV) PDRM dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berdepan dengan pelbagai senario mencabar dalam tugasan harian.

Ia juga berkisar tentang kehidupan harian sekumpulan unit peronda polis yang berusaha menjaga keamanan dan ketenteraman ibu kota.

Siri ini tidak hanya menumpukan kepada aksi penyiasatan jenayah, tetapi juga memberi tumpuan kepada cabaran peribadi yang dihadapi oleh setiap anggota polis, termasuk hubungan keluarga, konflik dalaman, dan moraliti.

Menurut pengarah Datuk Yusof Haslam, Polis Peronda ini merupakan sebuah drama kepolisan yang julung kalinya memaparkan tentang kerjaya polis peronda, termasuk Petrol Car dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Lebih istimewa, sejak hampir 40 tahun dia menerbitkan drama bersiri kepolisan, ini merupakan naskhah pertama yang memarparkan kisah mengenai polis peronda secara mendalam.

“Drama ini mengupas peranan dan kehidupan mereka, memperlihatkan masalah dan cabaran harian yang dihadapi, termasuk konflik keluarga dan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Dengan ini, kami ingin menonjolkan bahawa anggota polis peronda juga adalah manusia biasa yang mempunyai kehidupan dan masalah tersendiri selain daripada tugas mereka menjaga keselamatan masyarakat.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Bukit Aman dan IPD Gombak, khususnya ACP Arifin, atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan projek ini,” ujar Yusuf.

Untuk promosi awal bagi tayangan drama Polis Peronda, TV3 pada Khamis mengadakan majlis pelancaran menerusi program bual bicara Malaysia Hari Ini di Sri Pentas, Bandar Utama bersama barisan pelakon yang hadir seperti Shah Iskandar, Raja Afiq, Soffwany Yusoff, Puteri Sarah, Ramona Zamzam, Datuk Yusof Haslam dan Syafiq Yusof.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)


Dapatkah pasukan Unit MPV dan URB ini membongkar sindiket jenayah jalanraya yang berleluasa dan menjaga keselamatan komuniti? Nantikan siri Polis Peronda ini bermula 28 Jun ini, setiap Jumaat, jam 10.00 malam hanya di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton. Layari www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 May 2022
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Sun, 2 Dec 2018

Resepsi Penuh Gemilang, Priyanka Chopra Dilabel ‘Cakap Tak Serupa Bikin’?

Ayoooo, kenapa pula netizen di sana sindir Priyanka pula ni?

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

容祖儿刘浩龙被爆「苦恋5年」无果分手

容祖儿纵横香港乐坛10多年,影视歌三栖,「粤语天后」当之无愧,不过在感情这部分则是相当低调,和圈内男友刘浩龙至今交往5年,却在外界认为两人交往稳定之际,近日被爆已经分手,对此双方均未正面回应。

Featured Tue, 7 Dec 2021

“Baik Sangat Walau Orang Kata Macam Mafia”- Ebit Lew Kongsi Pengalaman Jumpa Ketua Kawasan Bahaya di Sao Paolo Brazil

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) bersama pasukannya kini sedang mengembara di Brazil untuk memberikan bantuan dan melawat tempat-tempat di sana. Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik baru-baru ini, UEL bersama pasukan sudah berada di negara […]

Trending Mon, 25 Jun 2018

MP Wants Malaysians to Marry at 18-Years-Old and Above

She wants to end child marriages.

Hiburan Wed, 15 Nov 2023