Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 1, 2024 @ 5:53pm

Alif Teega Minta Individu Disebalik Akaun FB ‘Scam No One’ Dedah Identiti Sebenar, Dakwa Pemfitnah ‘Edit’ Bukti Seleweng Dana

Pempengaruh sensasi, Alif Teega sehingga kini masih hangat menjadi sebutan ramai selepas didakwa menyeleweng duit kutipan derma.

Mengakui penat menjadi diri sendiri, Alif seolah-olah menjadi buntu dalam merjernihkan namanya dan isteri, Aisyah Hijannah yang telah terjejas akibat isu berkenaan.

“Saya letih jadi Alif Teega ini, sesekali nak juga jadi orang lain. Kalau saya diam orang kata saya mengiyakan, kalau saya bersuara orang kata saya gelabah, koyak.

“Tapisekurang-kurangnya saya tak bersembunyi belakang keyboard. Saya hadap, saya berani,” tulisnya.

Alif Teega

Sementara itu, Alif turut mempersoalkan apakah jaminan yang bakal diperoleh seliranya dia mendedahkan laporan sumbangan berhubung dakwaan tersebut.

“Sekarang ini persoalan saya kalau saya kongsi laporan sumbangan yang dimanfaatkan, apa jadi kepada segala fitnah, ancaman, hinaan kepada saya dan keluarga? Boleh ke saya dapatkan identiti page tersebut sebagai jaminan?

“Kalau saya buktikan yang saya sampaikan dengan baik, tapi orang yang sebar fitnah masih sembunyi belakang keyboard, macam mana?,” soalnya.

Menerusi hantaran lain, Alif memuat naik profil akaun Facebook yang didakwa melemparkan fitnah terhadapnya dan isteri yang sehingga kini tidak mendedahkan identiti disebalik nama ‘Scam No One’ itu.

“Ada orang hantar lagi, apa punya caralah dia buat conclusion. Dia kata duit madrasah hilang? Betul ke hilang? (Sekejap lagi dia post conversation siapa-siapa pulak)

“Bukti saya seleweng tang mana bang? Dengar sini pondan (Sebab saya tak tahu dia lelaki ke perempuan) Dia menyorok belakang keyboard! Kalau anda yakin anda betul, bagi lah identiti apa nak takut sangat,” tuturnya berang.

Alif Teega

Malah, menerusi hantaran lain Alif mendakwa individu disebalik akaun pemfitnah itu menyunting bukti-bukti yang didedahkan kepada umum dipercayai untuk menjejaskan nama pempengaruh ini.

“Beban pembuktian bukan pada saya ya.
Semua pada kamu. Setakat ni saya tak nampak lagi bukti saya seleweng. Bagi kamu saya seleweng namun bagi saya, bukti kamu semua edit belaka. Poster saya bantu NGO, tiba-tiba letak kereta porsche saya. Beban tu pada kamu.

“Wahai netizen buka lah mata, sua minggu Alif diam. Sampai dia tunggang Alif naik beribu-ribu pengikut dia, nak popularity rupanya,” tambahnya lagi.

Alif Teega

Sebelum ini, pasangan suami isteri ini menafikan dakwaan telah mengambil sebanyak 20 peratua daripada hasil sumbangan.

Artikel Berkaitan: Isu Dakwaan Songlap Duit Kutipan Derma, Alif Teega Buka Mulut – “Terlalu Banyak Tuduhan & Fitnah Tak Berasas Dicipta”

Artikel Berkaitan: Aisyah Hijanah Muat Naik ‘Posting’ Maafkan Semua Orang, Netizen Komen: “Syaitan Boleh Terkejut Tengok Ini ‘Statement’”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 7 Apr 2023

7-Eleven Teruskan Inisiatif Semurni Kasih Sempena Ramadan, Lantik Aqil & Akiddos Sebagai Duta

7-Eleven teruskan usaha murni menerusi kempen Semurni Kasih 2023

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Trending Thu, 28 Apr 2022
Featured Thu, 1 Dec 2022

[VIDEO] Imej Berambut Pendek Cetus Pertikaian, Daiyan Trisha Mohon Netizen Bertenang – “Itu Wig, Jangan Marah Saya”

Fuhhhhh, smart wooo! Cantiklah Daiyan rambut pendek 🤩🤩🤩 Korang rasa macam mana? Ada yang kata macam Kris Jenner 🤩

Featured Tue, 17 May 2022

“Tak Mampu Jangan Ajak!” – Gadis Perlekeh Lelaki Bawa Dating Di Drive-Thru

Masing-masing ada citarasa tersendiri tapi jangan sampai perlekeh orang lain… Kalau korang first date nak keluar makan dekat mana?

Featured Fri, 17 Mar 2023

[VIDEO] “Ni Bukan Ketua Kapla, Ni Ketua Keluarga” – Peminat Cair Dengar Amir Ahnaf Mengaji

Jangan pandang luaran je tau! Yang melting tu, bawak-bawa bersabar eh.😊

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

AMOi-AMOi叹《就爱自拍》MV重拍2次像流产落胎

历经一波三折,AMOi-AMOi终于推出《就爱自拍》最新MV!迟了3个月才推出的成品,让成员直呼心情像流产般失落。