Hiburan By: Padin July 1, 2024 @ 7:47pm

Lebih 10 Tahun Mengarah Filem Melayu, Arjin Uppal Hasilkan Naskhah Punjabi Berjudul ‘Saazish’

Sutradara filem, Arjin Uppal memberanikan diri untuk mengarahkan naskhah berjudul Saazish demi menampilkan budaya dan bahasa Punjabi kepada generasi baharu.

Sudah berpengalaman lebih 10 tahun di kerusi sutradara dan menghasilkan filem Melayu seperti Darah Panas, Kerat 14, Aku Bukan Terrorist serta banyak lagi, Arjin mengarahkan Saazish yang bermaksud konspirasi dan dia telah lama menyimpan idea untuk karya ini.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya buat filem Punjabi selepas menjadi pengarah filem Melayu selepas lebih 10 tahun. Sejujurnya, idea nak buat filem Punjabi memang dah ada lama tetapi agak sukar sebab penonton tak ramai, lebih-lebih lagi populasi Punjabi di Malaysia hanyalah minoriti dan bajetnya pula bukannya sedikit.

“Bukan mudah untuk saya dan tenaga produksi nak dapatkan pelakon yang boleh berbahasa Punjabi, bersetuju dari segi bajet, komitmen dan sebagainya. Ada juga pelakon dalam filem ini merupakan kawan saya dan yang pernah bekerja dengan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Arjin mengakui sukar untuk mencari pelakon yang boleh berbahasa Punjabi dan mempunyai bakat lakonan.

“Saya panggil kawan-kawan yang berminat dan ajak mereka ke sesi uji bakat. Semuanya yang dipanggil boleh bercakap bahasa Punjabi namun bakat berlakon juga perlu saya ambil kira.

“Majoriti pelakon dalam filem Saazish adalah pempengaruh dan pelakon baharu. Kami nak beri peluang kepada muka baharu dan ramai dalam karya ini tak pernah berlakon dan ini merupakan kemunculan pertama mereka.

“Bila nak komersialkan, kami cuba tambah beberapa babak dan masukkan pelakon Melayu supaya dapat lebih ramai penonton. Kiranya satu Malaysia,” tambahnya.

Diterbitkan oleh Sri Saheb Production Sdn Bhd, filem Saazish bakal menemui penonton di pawagam bermula 4 Julai ini dibintangi Kulbeer Singh, Avinder Singh, Amaan Singh Virk, Navinder Kaur dan Datuk Adi Putra.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Bront Palarae Bakal Pindah Ke Jakarta?

Bront memberitahu, dirinya enggan membuat keputusan terburu-buru memandangkan banyak perkara perlu difikirkan sebelum melebarkan sayap ke Jakarta.

Featured Thu, 10 Jun 2021

“Buat Laki Macam Hamba Abdi..”- Penonton Emosi Dengan Lakonan Didie Alias Dalam Drama Cukup Derita Itu

Penangan  Drama Cukup Derita Itu yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 sejak 6 Mei lalu ternyata memberi impak di hati para penonton Lakonan hebat Hisyam Hamid, Ruhainies, Didie Alias , Chacha Maembong dan Farhan Asri. […]

Featured Sun, 1 Oct 2023
Featured Sat, 7 Jan 2023

Selar Luah Perasaan Di Media Sosial, Rozita Che Wan Pesan Lebih Baik Kalau…

Pelakon jelita, Rozita Che Wan menyelar tindakan golongan masa kini yang kerap meluahkan rasa tidak puas hati di sosial media. @jesnita_armanda Replying to @Rini Lee #rozitachewan tuju kat #neelofa ke?🥲 #fazura #neelofa #rcw ♬ Usai […]

#LaguXTRA Thu, 9 Mar 2023