Featured By: Salma Syahbuddin July 3, 2024 @ 1:48pm

“Kalau Boleh Badan Ni Bahagi Dua Kan Senang… Doakan Kami” – Dugaan Buat Fizi Ali, Anak & Isteri Masuk Hospital Serentak

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 35, meluahkan rasa sedih apabila isterinya, Siti Zulaikha dan anak perempuannya, Damia dimasukkan ke hospital.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dimuat naik di Instagram, Fizi memperlihatkan isteri dan anaknya itu sedang terlantar di katil hospital.

Menganggap ini adalah dugaan untuknya, Fizi bagaimanapun memohon doa dari semua pengikutnya agar urusan keluarganya dipermudahkan.

“Ini betul-betul dugaan. Isteri masuk wad, anak pun masuk wad.

“Kalau boleh belah badan ni bahagi dua untuk jaga sekaligus kan senang. Doakan kami ya,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

 

Manakala, menerusi hantaran di Instagram Story pula, Fizi sempat menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya kerana sanggup bertarung nyawa demi zuriat yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Terima kasih sayang bertarung nyawa untuk anak kita. Saya tahu awak kuat,” katanya.

Terdahulu, pada 10 April lalu, Fizi mengumumkan bakal menimang cahaya mata selepas berkongsi foto baby bump isterinya dimedia sosial.

Untuk rekod, Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober 2023.

Sebelum ini Fizi juga pernah berkahwin dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Jan 2020
Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Boyfriend Saya Bukan Suami Sakinah, Jangan Fitnah!

Saya tak tahu macam mana orang boleh kata wajah mereka sama. Isu ini membuatkan saya tertekan kerana saya memang tidak bercinta dengan suami orang.

Trending Mon, 21 Sep 2020
Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Terhibur Ustaz Azhar Idrus Ajar Seorang Wanita Cara Nak ‘Wefie’

Memang kelako ustaz ni.. Dengar cerita dulu UAI photographer yeke?

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Featured Sun, 24 Oct 2021

Soal Kahwin Bukan Keutamaan Bagi Shuib Sepahtu

Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, sejak dua bulan lalu pastinya masih terlalu awal bagi pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu untuk memikirkan soal pengganti isteri pada waktu ini. Menurut Shuib, sukar baginya untuk memikirkan mengenai […]