Hiburan By: Dhia Iwana July 3, 2024 @ 1:41pm

Datuk Red Imbau Momen Manis Bersama Adira, Netizen Komen: “Masih Ada Masa Memujuk Jika Ikhlas Pertahankan Rumah Tangga”

Usahawan Datuk Red menarik perhatian warganet selepas memuat naik hantaran momen bersama bekas isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi.

Menerusi hantaran di laman TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu bertindak berkongsi video berdurasi 25 saat yang memaparkan kenangan lama bersama Adira.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan respons seakan mendoakan agar ikatan perkahwinan mereka bersatu semula.

“Masih ada masa untuk memujuk jika ikhlas untuk pertahankan rumahtangga… Usaha sehabisnya sblm menyerah kalah… Setelah usaha baru berserah.. Semoga dipermudahkan.

“Semoga Datuk Red & Ami (nama panggilan Adira) berjodoh kembali.

“Semoga Datuk Red dan Ami berjodoh kembali walau selepas habis idah sekalipun… Kalau dah memang jodoh tak kemana.

“Semoga berjodoh kembali.

“Terus kuat untuk anak-anak Datuk Red… Saya doakan semoga dilembutkm hati si dia, dibuka pintu hatinya, berjodoh dan disatukan semula dengannya. Amin,” komen netizen.

Untuk info, Datuk Red dan Adira melangsungkan perkahwinan di Songkhla, Thailand pada Disember 2015 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan mereka terlerai selepas pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada April lalu.

@dato..red sekelubit memori part 1 #menghitunghari #teratailayuditasikmadu #4u2c ♬ Kisah Ku Inginkan – Dato' Sri Siti Nurhaliza & Judika

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Hiburan Wed, 1 Sep 2021

“Walaupun Dalam Keadaan Negara Yang Mencabar, Kita Harus…” – Bunkface

Mengambil kira situasi semasa tatkala negara masih lagi ‘berperang’ dengan virus Covid-19, kumpulan rock ternama tempatan, Bunkface mengambil langkah tersendiri dengan memberi nafas baharu terhadap single Kita Punya Malaysia. Menariknya, lagu Kita Punya Malaysia yang […]

Trending Tue, 10 Jul 2018

Ombak Awan, Momen Aneh & Luar Biasa Kini Melanda Sabah

Ombak awan yang berlaku dikenali sebagai garis badai Borneo atau kumpulan ribut petir dan tidak membahayakan.

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

“Sudah Lama Mengidam, Akhirnya…” – Niena Baharun

Sejak berbadan dua, pelakon Niena Baharun ini teringin untuk menjamah ‘raja buah’. Akhirnya…..

Events Thu, 20 Sep 2018

[#WinWithxtra] Win FREE TICKETS to Sunway Lagoon’s Nights of Fright 6

Are you ready for a night filled with thrill and horror?

Featured Wed, 19 Jun 2024
Hiburan Wed, 20 Sep 2023

Siti Nurhaliza Dedah Alami Masalah Peti Suara, Rakam Album Sitism Sebanyak Dua Kali

Tapi Siti dah pulih sepenuhnya..Album Sitism pun best je