Categories: Acara

Aneka Hidangan, Lazat & Berpatutan… Penggemar Makanan Laut, Jangan Lupa Kunjungi Seafood Festival 2024!

Berita baik untuk penggemar makanan laut! Jangan lupa untuk berkunjung ke Seafood Festival 2024 yang diadakan di Sunway Putra Mall, hujung minggu ini!

Dibawakan khas oleh FriedChillies bersama Sunway Putra Mall, Seafood Festival 2024 akan mengumpul restoran-restoran, chef-chef dan penggiat makanan yang paling hebat di bawah satu bumbung pada 22 dan 23 Jun ini!

Nikmati tiram segar dan sashimi yang menyelerakan, rasai sendiri keenakan fish and chips yang garing serta ikan bakar yang menjilat jari, semuanya akan dijamu untuk peminat-peminat tegar makanan laut!

Menurut Ketua Pegawai Operasi FriedChillies merangkap kaki makan yang tersohor, Mohd Adly Rizal, acara ini diadakan khas untuk mereka yang gemar menikmati makanan, terutamanya seafood.

“Mengelolakan acara makanan memang seronok. Sudah jadi kebiasaan bagi kami mencari tempat-tempat yang tersembunyi dan juga yang dihebohkan oleh foodie-foodie tempatan.

“Mengumpul mereka semua untuk satu pesta dan berkongsi dengan semua kaki makan KL memberi kepuasan kepada kami. Memang masa sudah tiba untuk seafood menjadi tumpuan utama.

“Acara seafood ini menyajikan makanan dengan harga ‘mampu milik’, jadi harapan kami semua yang datang ke pesta ini boleh menikmati juadah-juadah yang dihidangkan oleh pakar-pakar seafood tanah air,” katanya.

Menurut Danny Lee selaku Senior General Manager Sunway Putra Mall, mereka teruja untuk mengadakan acara ini selepas Nasi Kandaq Fest mendapat sambutan baik tahun lalu.

“Acara tahun lalu telah mendapat sambutan yang sungguh hebat, kami ingin menganjurkan lebih banyak acara makanan di sini. Kami memang mengolah pusat membeli belah kami sebagai tempat untuk bersantai, berkumpul dan mencuba sesuatu yang baru.

“Lokasinya yang dekat dengan stesen pengangkutan awam dan juga servis e-hailing membuatkan ia sebagai satu tempat yang sesuai untuk kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga berkumpul dan bersukaria di acara pesta makanan ini,” ujarnya.

Semasa acara ini, 15 gerai akan berada di luar menghidangkan seafood extravaganza dan pengunjung boleh makan dalam ruang legar pusat membeli belah yang berhawa dingin dan disediakan khas.

Dalam acara yang berlangsung selama dua hari ini, nikmati makanan laut lazat dari Penang Oyster Park, Kingu Kongu, MRos, Ombak Kitchen, Grill Haven, Ikan Bakar Bellamy, Crispy Chippy, Cwtch Fish and Chips, Top Catch, Bolok Troops dan Sushika!

Ada di antara vendor yang akan menyediakan ‘tasting menu’ supaya pengunjung boleh rasa lebih banyak hidangan seafood dengan harga yang berbaloi. Bagi pengunjung yang hadir dengan pakaian santai di tepi pantai, mereka boleh menyertai pertandingan foto yang bertemakan ‘beach’!

Suasana pesta ini juga akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan makan Man vs Food, persembahan ‘live’ dan demo seafood chowder serta cubaan rasa percuma oleh Chef Bob Adnin selaku chef untuk Ombak Kitchen.

Pengunjung pesta juga boleh menikmati promosi-promosi kudapan, dessert dan minuman yang akan disediakan oleh kedai-kedai di Sunway Putra dan banyak lagi. Apa tunggu lagi, jangan lupa kunjungi Seafood Festival 2024 pada hujung minggu ini, 22 dan 23 Jun 2024 di Sunway Putra Mall!

Padin