Filem By: Atiqah Johari June 27, 2024 @ 9:50pm

Gandingan Legenda Jacky Cheung & Nicholas Tse Dalam Filem Aksi ‘Customs Frontline’, Bakal Tayang Di Malaysia Pada 5 Julai Ini

Mendapat sambutan hangat ditayangan 26th Far East Film Festival di Udine, Itali Mei lalu, filem Customs Frontline bakal memukau penonton di Malaysia bermula 5 Julai 2024.

Customs Frontline yang menerima sentuhan emas sutradara, Herman Yau bukan sebuah naskhah klise tentang barisan hadapan (frontline) biasa tetapi mengangkat kepayahan, semangat juang dan kecekapan anggota Kastam Hong Kong membanteras jenayah global termasuk penyeludupan senjata api yang jarang memfokus atau menonjolkan kepakaran anggota kastam.

Bagaimanapun menerusi Customs Frontline yang diproduksi Jason Siu, penonton akan didedahkan dengan kecekapan para anggota kastam membanteras jenayah melalui kesan lakon layar terbaik yang diterajui Erica Li dan Eric Lee.

Tentu sahaja sesebuah filem tidak akan ‘bersinar’ tanpa bintang-bintang hebat yang memukau penonton saat ditayangkan di layar lebar.

Filem dibintangi pelakon kaliber dan penampilan perdana legendaris Jacky Cheung selepas lapan tahun berehat berganding mantap dengan Nicholas Tse, Karena Lam, Yase Liu dan Francis Ng.

Nicholas Tse Pertama Kali Jadi Koreografer Aksi

Nicholas Tse memegang watak Chow Ching-lai juga menjadi koreografer aksi pertama dalam filem yang digarap selama dua tahun ini.

Dia menzahirkan keterujaan dalam penglibatan filem ini bukan sekadar berganding dengan pesohor seperti Jacky Cheung tetapi dapat merealisasikan babak aksi yang menjadi dambaan selama ini.

“Sewaktu kecil saya selalu meniru aksi Jackie Chan dan Donnie Yen.

“Jika ditanya, secara jujur saya akan meneruskan tradisi merisikokan diri untuk melakonkan babal aksi dalam filem Hong Kong.

“Kerana itu saya turut menjadi koreografer aksi buat pertama kali dalam sejarah lakonan menerusi Customs Frontline,” katanya.

Pernah merangkul anugerah Aktor Terbaik dalam Hong Kong Film Award ke-31, dia juga mahu membawa semangat dan dedikasi yang pernah ditonjolkan mendiang Pengarah Benny Chan menerusi dunia sinema Hong Kong seperti dalam filem Gen- X Cops, New Police Story, Shaolin dan Raging Fire.

Malah, Cheung juga menyifatkan kolaborasi dengan Tse dalam filem ini sebagai kesungguhan yang luar biasa dari aspek aksi dan lakonan unik yang ditonjolkan.

“Saya melihat Tse dan Karena membesar dan sinergi mereka sangat menonjol bersama saya di Customs Frontline,” katanya.

Dipenuhi dengan aksi, Customs Frontline mendapat kerjasama penuh daripada pihak Kastam Hong Kong termasuk membenarkan penggambaran dijalankan di beberapa lokasi penting seperti Ibu Pejabat Kastam Hong Kong North Point dan Ngong Shuen Chau Naval Base untuk lebih realistik.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton Customs Frontline di pawagam berhampiran anda bermula 5 Julai 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 1 Dec 2020
Trending Mon, 4 Jan 2021

Ziela Jalil Bermadu Kali Kedua

Jodoh rahsia Tuhan..

Featured Thu, 28 Apr 2022

Elon Musk Bersetuju Beli Twitter, Perlu Bayar RM4.3 Bilion Jika Batal Pembelian

Yuran pembatalan akan dikenakan ke Elon Musk jika batal beli Twitter.

Featured Wed, 22 Mar 2023
Featured Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Wed, 13 Sep 2023

Bilal Bakal Masuk Prasekolah Minggu Depan, Neelofa Kecewa Tak Dibenarkan Akses CCTV Sekolah

Memang bagus kalau boleh akses CCTV terus.. Awww kejap je masa tetiba Bilal dah nak pegi school!