Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 4, 2024 @ 11:52am

8 Tahun Naik Turun Mahkamah, Marissa Yasmin Syukur Tuntutan Harta Sepencarian Selesai

Pelakon, Marissa Yasmin bersyukur kes tuntutan harta sepencarian dengan bekas suami, Muhnir Mohd Zainuddin telah selesai pada Jun lalu.

Memetik laporan mStar, Marissa atau nama lengkapnya Marissa Yasmin Mariam Yaakob, 47, mengakui perjalanan yang dilaluinya itu sangat perit sehingga pernah terfikir untuk mengalah.

“Kes tuntutan harta sepencarian sudah selepas selepas lapan tahun. Mungkin nampak mudah sebab saya jarang kongsikan kekecewaan saya, tapi segala dugaan yang dilalui sudah tentu rasa penat dan putus asa sehingga asya pernah mempersoalkan kenapa diberi ujian sebegini.

“Tapi selagi mana Allah beri saya oksigen bermaksud saya kena tahu kenapa masih hidup dan jangan pernah mengaku kalah.

“Perit, tapi saya fikir mungkin itu asbab-asbab Allah nak beri yang lebih baik pada masa hadapan,” ujarnya.

Marissa Yasmin

Marissa turut menjelaskan tuntutan tersebut telah dipersetujui di mahkamah, serta proses pembahagian harta akan dilakukan.

“Belum dapat apa-apa tapi masih dalam proses pembahagian selepas pihak plaintif kemukakan rayuan pada tahun 2020.

“Sekarang cuma tunggu masa untuk pengagihan harta sepencarian tersebut mengikut peratusan yang sudah dipersetujui kedua belah pihak,” katanya.

Marissa Yasmin

Sekadar info, Marissa dan bekas suami, Muhnir Mohd Zainuddin mendirikan rumah tangga pada 2010, namun berpisah pada Januari 2016.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Kris Jenner Surprises Granddaughter Stormi With Her Own Playhouse For Christmas

Literally this is the ‘Best Christmas Gift of All Time’!

Hiburan Mon, 22 May 2023
Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Featured Wed, 3 Aug 2022

Netizen Persoal Niat Izara Aishah Berhasrat Mahu Menetap & Meninggal Di Madinah?

Alamakk, bukan ke ini satu niat yang baik tapi lain pula jadi ni.. Apapun, moga impian Izara akan tercapai

Featured Tue, 16 Nov 2021

“Budak Tu Elok Je Dok Guling, Sekali…” – Video Anjing Kejar Budak Viral Di Tiktok

Sebuah klip video memaparkan seekor anjing jenis Corgi yang tidak diikat dengan tali berlari ke arah seorang budak perempuan viral di aplikasi TikTok. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @queeniejasia, berkongsi mengenai […]