Tular Foto Berbaju Pengantin, Aishah Kahwin Lagi?

Kecoh kini di media sosial apabila timbul sebuah perkongsian yang mendakwa penyanyi popular, Datuk Aishah kembali bergelar isteri baru-baru ini.

Menerusi sebuah hantaran, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin tampak jelita mengenakan persalinan serba putih serta wajah dirias oleh jurusolek.

Siapa sangka di usia 59 tahun, pelantun lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah itu kembali menyandang status sebagai isteri.

Namun, dalam perkongsian tersebut, tiada langsung kelibat lelaki yang bertuah yang bakal bersama dalam bahtera perkahwinan penyanyi itu.

Usaha XTRA mendapatkan respons daripada Aishah juga gagal apabila kiriman mesej yang dihantar tidak berbalas.

Untuk rekod, Aishah pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali sebelum ini.

Aishah juga mempunyai dua orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama dan kedua.

Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat Aishah.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kemaafan Dendam Yang Terindah’ Nyanyian Aishah Viral Semula, Netizen Suka Semua Versi – “Jangan Bandingkan Dengan Sesiapa”

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel Sombong & Suka Meroyan? Aishah Tak Berdiam Diri… Ini Jawapan Tuan Badan!

ARTIKEL BERKAITAN: Throwback Gambar 2016, Peminat Kagum Tengok Transformasi Aishah – “Yang Penting Sekarang Makin Slim”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi