Aisyah Hijanah Muat Naik ‘Posting’ Maafkan Semua Orang, Netizen Komen: “Syaitan Boleh Terkejut Tengok Ini ‘Statement'”

Nama usahawan dan pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah sekali lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet apabila memuat naik sebuah hantaran.

Menerusi hantarannya di akaun Facebook rasmi, Aisyah dengan ringkas menyatakan dia memaafkan semua orang beserta emoji muka sedih.

“Aisyah maafkan semua 😔🙏🏼🙏🏼,” tulisnya.

Namun begitu, menjengah di ruangan komen rata-rata warganet dilihat kurang senang malah menyindir semula kenyataannya itu.

“Memang trend eh orang yang buat hal maafkan orang.

“Syaitan boleh terkejut tengok ini statement.

“Entahlah, dia pulak yang maafkan orang,” komen warganet.

Sebelum ini, Aisyah dan suaminya, Alif Teega didakwa menggunakan duit derma yang dikutip untuk tujuan peribadi.

Malah, ada yang mendakwa perkahwinan kedua Alif itu juga sekadar ‘content marketing’.

Sehubungan itu, pasangan itu masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Perkahwinan Kedua Suami Didakwa Sekadar ‘Content’, Aisyah Hijanah Papar Bukti! – “Dia Tak Tunjuk Wanita Itu Untuk Jaga Sensitiviti”

Artikel Berkaitan: Aisyah Hijanah Jawab Isu Pecat Staf Tanpa Bayar Gaji & Guna Duit Derma Untuk Urusan Peribadi – “Siapa Yang Kenal, Tahulah Personaliti Saya”

Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Pasangan Pempengaruh Berimej Islamik ‘Makan’ Wang Sedekah Orang Ramai, Kutip RM2.47 Juta?

Atiqah Johari