Hiburan By: Padin July 3, 2024 @ 11:23am

Aliff Aziz Sedih Ibu Diserang Netizen – “Berpada-Padalah Dalam Mengeluarkan Kata-Kata”

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz kecewa melihat ibunya, Siti Hafiza Basharahil diserang netizen ketika dia dilanda kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Bella Astillah dan terpalit kes khalwat dengan pelakon Ruhainies.

Menurut Aliff, dia menghormati pendapat semua pihak namun dia berharap warganet lebih berpada-pada ketika berkata-kata.

“Sebagai seorang anak, sudah semestinya saya kecewa dan sedih. Namun kerana kekurangan dan kesilapan saya telah meletakkan ibu di posisi sebegitu.

“Cuma saya berharap sangat kepada semua orang, apa sahaja pendapat yang orang ramai ada, kami semua hanyalah manusia biasa seperti semua orang. Kami juga manusia biasa yang buat salah dan silap, kami juga ada perasaan

“Saya menghormati pendapat semua, semua berhak memberikan pendapat, cuma saya berdoa dan berharap kepada semua, berpada-padalah dalam mengeluarkan kata-kata yang kesat, mengeluarkan kata-kata yang tak baik,” katanya.

Aliff ditemui XTRA usai bacaan pertuduhan kes khalwat dirinya bersama Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku Tak Bersalah Kes Khalwat, Ruhainies & Aliff Aziz Mohon Dibicarakan

Menganggap apa yang terjadi sebagai peringatan untuk dirinya, Aliff juga memberi penjelasan mengenai muat naik hantaran berunsur Islamik di laman sosial miliknya dan Hafiza.

“Macam saya cakap, ini peringatan untuk saya juga kerana apa yang kita kongsikan, apa yang kita taip itu senang dikongsikan.

“Seperti contoh apabila saya dan ibu berkongsi hantaran tidak berkenaan, seperti berkongsi peringatan berkenaan kata-kata Islamik, kita tak perlu jadi baik untuk sebarkan benda yang baik.

“Saya berharap apabila saya sebarkan perkara terbabit, Insya-Allah, Tuhan akan berikan kebaikan kepada saya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai emosi ibunya, Aliff mendedahkan semuanya semakin okay dan memohon doa yang baik-baik.

“Saya minta kepada semua, daripada kita bercakap bukan-bukan atau pun bercakap kesat, lebih baik kita tak bercakap apa-apa.

“Mengenai emosi ibu saya, dia semakin baik sekarang. Doakanlah semoga semua pihak diberikan semangat dan kekuatan untuk maju ke hadapan serta menjadi lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat pada 9 Mac lalu.

Diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani, Ruhainies dan Aliff membuat pengakuan tidak bersalah ketika tuduhan dibaca di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di hadapan hakim, Abu Suffian Abu Yaziz, sebentar tadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Nazim Othman Dan Fatin Afeefa Sah Bercinta?

Wah, sama cantik, sama padan gitu!

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Fri, 24 May 2024
Trending Tue, 10 May 2022
Hiburan Thu, 3 May 2018

“We Made It To Kuala Lumpur” – Dua Lipa Akhirnya Teruja

Teruja!  Ini mungkin antara perasaan peminat-peminat beliau pada ketika ini terhadap penyanyi yang mula menempa nama di pentas antarabangsa melalui lagu New Rules nya. Dua Lipa yang kini berada di Malaysia sempena konsert jelajahnya hari ini […]

Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Featured Wed, 18 May 2022

“Saya Dah Lama Nak…” – Baby Shima Dedah Wajah Dan DM Lelaki Ajak Lakukan Seks

Aduhai… Dah takda kerja lain ke? Harapnya ada tindakan yang diambil ke atas individu macam ni 😤