“Amboi Mulut! Bukan Main Susah Payah Tau Buat IVF… Tak Kan Nak Risikokan Anak”- Madammu Bengang Didakwa Buat Rawatan Pemutihan

Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri menolak dakwaan kononnya dia melakukan suntikan pemutihan memandangkan dirinya kini dilihat semakin berseri-seri dan bertambah putih.

Menerusi perkongsian yang tular di TikTok, Eryca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak mendakwa dia melakukan rawatan tersebut.

“Madammu bukan main susah payah buat IVF nak dapatkan Kayden. Takkan lah senang-senang Madam nak risiko kan Kayden dengan drip,” tulis pada kapsyen video berkenaan.

Bukan itu saja, Madammu menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang tidak berasas memandangkan dia masih menyusukan anaknya, Ahmad Kayden sehingga ke hari ini.

“Fitnah! Menyusu badan tak boleh sebarangan tau. Kalau awak nak kata saya buat drip, saya menyusu badan sampai ke hari ini tau. Jangan main-main dengan drip ni.

“Bahan apa masuk dalam badan lepastu menyusu, mana boleh. Saya menyusu badan sampai ke hari ini tau, amboi mulut,” ulasnya.

Dalam pada itu, Madammu memaklumkan ada segelintir dalam kalangan rakan-rakannya yang mengambil rawatan tersebut namun hasilnya tidak memuaskan.

“Saya ada ramai kawan yang beri feedback,  mereka buat drip tak putih pun. Ada tapi tak jadi sangat pun,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Nak Tenang Tonton Wayang, Madammu Beli Tiket Satu ‘Hall’! Netizen Komen: “Lepas Kaya Tetiba Introvert”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Kaki Akan Naik Dulu, Saya Bukan Jenis Orang Yang Reda & Pasrah” – Madammu Jawab Soalan Cepumas Kalau Suami Nak Kahwin Lagi!

ARTIKEL BERKAITAN:Melampaunya! Madammu Dituduh Buat IVF Pakai Benih Lelaki Lain

Salma Syahbuddin