Anak Ketiga Tak Banyak Ragam, Nadiya Nisaa Tak Perlu ‘Helper’

Pelakon Nadiya Nisaa teruja berkongsi pengalaman membesarkan anak ketiganya, Aminah Rose yang kini berusia tiga bulan.

Nadiya ketika ditemui di majlis previu filem ‘Bu Kasih Suci’ semalam memaklumkan bayi perempuannya itu amat mudah dijaga.

“ Tak kuat menagis macam anak pertama, Omar. Sebetulnya, saya dan suami sudah membuat persiapan mental sebelum Aminah keluar. Kami ingatkan dia kuat meragam, Alhamdulillah seorang bayi yang sangat mudah dijaga.

“ Saya masih ingat ketika anak pertama, Omar masih bayi. Kelam kabut saya dibuatnya sebab tak tahu apa perlu dibuat,” katanya kepada XTRA.

Mengakui sedang melalui fasa indah sebagai ibu dua cahaya mata, pelakon filem Terbaik Dari Langit ini bersyukur memiliki kerja dengan masa fleksibel yang mana boleh melihat anak-anak membesar di depan mata.

“ Jika saya keluar shooting, suami akan jaga. Kami bergilir-gilir memandangkan kami bekerja dalam waktu fleksibel. Anak pun tak meragam bila bapa mereka take over jaga mereka.

“ Syukur sangat baby tak banyak meragam jadi kami tidak perlukan pembantu rumah. Semua jadi mudah, Alhamdulillah,” katanya.

Nadiya selamat melahirkan Aminah Rose pada 1 Januari lalu dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Omar. Sementara seorang lagi cahaya matanya meninggal dunia ketika dilahirkan.

Dalam perkembangan lain, Nadiya bakal memainkan watak Aishah dalam filem Bu yang bakal berada di pawagam 11 April ini. Jom ke pawagam untuk support lakonan Nad okay!

Wartawan: SGMS Nanie

SGMS Faida