Ariff Bahran Bangga Miliki Porsche Hasil Bertahun Main Trading – “Terima Kasih Kepada Yang Menghina Aku Dahulu”

Penyanyi Ariff Bahran meluahkan rasa syukur dan gembira selepas akhirnya berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Porsche.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Ariff atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 26, berkata dia berjaya memiliki kenderaan idamannya itu selepas bertahun-tahun terlibat dalam aktiviti trading atau perniagaan tukar beli matawang.

“Work together, Earn together. Spend together. Another year, yet another dream come true. This is for us & the family,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kata Akhirmu itu turut berterima kasih kepada warganet yang pernah menghina segala usahanya sebelum ini.

“Ini juga untuk kepada yang menghinaku dahulu. Terima kasih. Without you I won’t be here,” ujarnya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen kerana ada yang memuji malah ada juga netizen yang meninggalkan komen seakan tidak percaya kereta mewah tersebut milik penyanyi itu.

“Lepastu jerit cut simpan balik.. gitu je nak gula-gulakan orang.

“Another show off artist.. sorry bro have to unfollow,” tulis netizen.

Dhia Iwana