Featured By: Atiqah Johari August 9, 2022 @ 8:00pm

“Baju Terakhir Arwah Sebelum ke Hospital Jadi Pengubat Rindu” – Shuib Batal Niat Ubah Suai Rumah Gara-Gara Mimpi Sedih

Pelawak Shuib membuat perkongsian tentang hasratnya untuk mengubah suai kediaman yang pernah didiami bersama arwah isterinya, Siti Sarah.

Namun, perancangannya itu terpaksa dibatalkan kerana dia dapat petanda bahawa arwah Sarah tidak bersetuju dengan hasratnya itu melalui satu mimpi sedih.

Ditanya mengenai sebab untuk mengubah suai rumah tersebut, Shuib menjelaskan bahawa dia inginkan suasana baru.

ā€œSelepas enam bulan arwah meninggal dunia pernah terfikir hendak ubah suai rumah untuk memberi suasana baru dan saya sudah berbincang dengan pereka dalaman.

ā€œBagaimanapun bulan lalu saya batalkan Hasrat tersebut selepas saya mendapat mimpi sedih.

ā€œDalam mimpi itu saya masuk ke rumah baharu, namun ketika itu tercari-cari arwah tapi tiada. Ketika itulah saya sedar arwah sudah meninggal dunia,ā€ katanya kepada mStar.

Memetik laporan mStar, Shuib mengakui bahawa emosinya terganggu akibat mimpi tersebut dan dia mengambil keputusan untuk terus tinggal di rumah yang telah didiami hampir empat tahun.

Bagi mengubati rindu terhadap arwah Sarah, Shuib menyatakan dia masih menyimpan pakaian milik arwah untuk ditatap dan dipegang saat terkenangkan arwah isteri tercintanya.

ā€œBarang-barang arwah masih saya simpan. Kalau terkenang bolehlah lihat dan pegang.

ā€œBaju terakhir yang dipakai arwah sebelum ke hospital saya masih simpan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arwah,ā€ luahnya ketika ditemui di majlis bacaan tahlil sempena setahun pemergian Sarah.

Untuk makluman, Siti Sarah telah pergi menghadap pencipta untuk selamanya pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Aug 2023

35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

Kita doakan yang baik-baik. moga apa yang dipilih adalah yang terbaik untuk semua pihakšŸ’–

Selebriti Mon, 2 Oct 2023
Featured Wed, 25 Mar 2020

Gaun perkahwinan RM800,000 dan majlis resepsi luar biasa Irina, kini tinggal kenangan

Rumah tangga waris jutawan Rusia ini bertahan 6 bulan saja!

Trending Wed, 25 Apr 2018

Pesanan Romantis Di InstaStory, Bukti Mira Filzah Dan Zizan Razak Dilamun Cinta

Biarpun kedua-dua posting berbalas kata rindu itu tidak ditujukan secara spesifik, namun ramai yang percaya ia ditujukan antara satu sama lain.

Hiburan Fri, 24 Apr 2020
Hiburan Sat, 28 Apr 2018

“Filem Pulang, Buat Bulu Roma Saya Meremang”- Remy Ishak

Ketika ditemui pada majlis pelancaran novel tersebut baru-baru ini, Remy memberitahu bahawa, perjalanan cerita dalam filem Pulang ada kena mengena dengan diri beliau sendiri

Trending Thu, 20 Feb 2020

[TERKINI] Bunga Citra Lestari Kembali Ziarah Pusara Suami Tercinta

Doa peminat buat BCL, Noah dan seluruh ahli keluarga

Featured Mon, 10 Apr 2023