Bella Astillah Muat Naik Video Bukti Pandai Menangis Depan Kamera, Komen Puteri Sarah Raih Perhatian – “Awak Guna Eye Mo Ke Original?”

Pelakon jelita, Bella Astillah tampil berkongsi sebuah video memaparkan dirinya tidak henti mengalirkan air mata dipercayai menerusi suntingan salah satu drama lakonannya.

Bekas isteri aktor sensasi, Aliff Aziz itu memuat naik video berkenaan di Instagram miliknya pada petang Khamis telah meraih perhatian ramai pihak serta rakan-rakan selebriti.

“Bestie, nah @puterisarahliyana,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rakan baik industri, Puteri Sarah sempat mengusik Bella dengan bertanya sama ada dia menggunakan ‘eye mo’ untuk menangis dalam babak tersebut.

“Awak guna eye mo ke air mata original?,” kata Puteri Sarah.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata netizen turut memuji aktres drama rantaian Leha Leya Lawa ini seorang pelakon yang berkaliber, serta wajar menerima anugerah pelakon terbaik.

Gurauan antara mereka berdua dipercayai menyindir  pelakon sensasi, Ruhainies yang sebelum ini mengakui tidak pandai mengalirkan air mata di hadapan kamera dan wartawan.

Terdahulu, Bella dan bekas suami, Aliff Aziz sah bercerai buat kali kedua pada Jun lalu selepas aktor tersebut ditangkap khalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium mewah.

Dalam satu hantaran di Instagram, Bella sempat meninggalkan pesanan kepada Ruhainies mengucapkan terima kasih kepada bekas sahabatnya itu kerana berjaya meruntuhkan rumah tangga yang terbina bersama Aliff.

Artikel Berkaitan:  Bella Astillah Terhibur Puteri Sarah Komen IG: “Awak Pandai Nangis Tak?”

Artikel Berkaitan: “Nangis Bila Bekerja Pandai La, Saya Beri 100 Peratus Komitmen” – Ruhainies

Artikel Berkaitan: Video Reality VS Truth Bikin Netizen Terhibur, Michael Ang ‘Menganjing’ Siapa Tu? – “Tak Pandailah Nak Nangis Depan Reporter, Sebab Tahu Lakonan Pun Kayu Kadang-Kadang…”

Aqilah Paharuzi