Bella Astillah Terhibur Puteri Sarah Komen IG: “Awak Pandai Nangis Tak?”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana meraih perhatian selepas dia meninggalkan komen di salah satu hantaran terbaharu rakan industri, Bella Astillah.

Menerusi hantaran di Instagram, Bella berkongsi foto ‘selfie’ membuat mimik muka dibanjiri komen-komen netizen yang menitipkan kata sokongan kepadanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Puteri Sarah sempat mengusik Bella dengan bertanyakan sama ada dia pandai menangis atau tidak.

“Awak pandai menangis tak,” tulisnya dalam ruangan komen itu.

Pertanyaan Puteri Sarah itu dipercayai memerli aktres sensasi, Ruhainies yang mengakui tidak pandai menangis dihadapan kamera dan wartawan.

Susulan itu menjengah ke Instagram Puteri Sarah, dia berkongsi tangkapan skrin perbualan mesej bersama Bella yang terhibur sehingga tersembur.

Kata aktres drama rantaian Suri Hati ini, Puteri Sarah amat gemar menghiburkan rakan-rakannya.

Artikel Berkaitan: “Tahniah Kepada Bekas Sahabat Saya, Ruhainies Kerana Berjaya Runtuhkan Masjid Ini…” – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Dikecam Datang Mahkamah Seiring Sejalan Bersama Aliff Aziz Dengan Wajah Ceria, Ruhainies Tak Pandai Berlakon – “Takkan Saya Nak Menangis Pula?”

Artikel Berkaitan: “Ni Ke BF Yang Nak 1 On 1 Tu?” – Aliff Aziz ‘Repost’ IGs Ruhainies Raih Perhatian

Aqilah Paharuzi