Berat Badan Hanya 35KG, Penyanyi Elyana Terus Kuat Lawan Kanser

Keadaan penyanyi Elyana yang menderita kanser limfoma sejak 10 tajin lalu kini memasuki tahap kritikal apabila kanser tersebut semakin merebak ke beberapa organ badannya. 

Menerusi InstaStory, Elyana memaklumkan keadaan dirinya yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.

“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.

Menerusi video tersebut, Elyana turut meminta orang ramai mendoakan agar dirinya segera sembuh dan segala urusan dipermudahkan.

“Semoga semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” katanya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”