Hiburan By: SGMS Faida June 30, 2018 @ 3:45am

Bront Palarae Perlukan RM 2 juta Untuk Naskah Inspirasi

Pelakon dan pemilik rumah produksi Pixel Play, Bront Palarae menganjurkan kempen di mana dia berhasrat mengumpul dana untuk filem arahannya berjudul Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen.

Katanya, dana sebanyak RM 2 juta diperlukan bagi membiayai projek filem berkenaan.

Dalam masa sama, Bront berharap filem ini dapat dihasilkan dan ditayang pada sambutan kemerdekaan, tahun depan.

“ Kempen ini dibuat bagi mengumpul dana untuk menjayakan filem yang diangkat daripada kisah benar.

“ Bajet yang diperlukan untuk filem ini adalah sekitar RM4.4 juta, tetapi kami hanya memerlukan RM2 juta sumbangan ikhlas daripada peminat dan orang awam di luar sana.

“ Selain itu, kami turut memohon dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), tetapi ia masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada BH Online.

Kempen berkenaan dilancarkan sejak 18 Jun lalu dan bakal berakhir 31 Julai depan.

Sebagai tanda penghargaan buat mereka yang bermurah hati memberikan sumbangan, katanya, produksi itu menyediakan beberapa cenderahati seperti pelekat kereta, cawan, beg, kemeja-T dan tiket ke acara tayangan gala filem berkenaan yang dijangka berlangsung pada 23 Ogos 2019.

“Kami menawarkan pakej cenderahati berbeza bagi setiap nilai didermakan, iaitu bermula daripada RM5 hingga RM250,” katanya.

Tambah Bront, naskah bakal arahannya ini bukan sekadar karya yang dijangka mampu menghiburkan khalayak, malah dapat memberikan inspirasi kepada generasi akan datang.

Maklumat lanjut mengenai kempen itu boleh didapati dengan melayari www.reward.pitchin.my/projects/dawn-raid-the-hands-that-rattled-the-queen.

Ketika artikel ini ditulis, sumbangan yang diterima daripada orang ramai hampir mencecah RM7,000. – BH Online

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Mon, 4 Mar 2019

刘若英309来马开唱「顺道带孩子来吃喝玩乐」

刘若英3月9日来马举办巡回演唱,顺道带孩子来吃喝玩乐!

Hiburan Fri, 19 Aug 2022
Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Aznil Buka Mulut Tentang #KekeChallenge

Kenapa Datuk Aznil Nawawi membuka mulut mengenai ‘Keke Challenge’? Hurm…

Hiburan Mon, 9 May 2022

“Saya Nak Jenguk Rumah Saya Di Sana, Dah 2 Tahun Ditinggalkan…” – Baby Shima Bakal Terbang Kembali Indonesia

Baby Shima akan meneruskan kerja-kerja tertangguh di rumah keduanya, Indonesia.

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

TERBAIK! Estranged Jual CD Bantu Perkampungan Di Sabah

Jom dapatkan CD single Milikku hari ini, sambil membeli boleh kita menderma!

Hiburan Tue, 20 Mar 2018

T***k Fasha Pula Jadi Bualan!

Ia tetap menjadi kecaman netizen walau pun tidaklah nampak sebesar Elly Mazlein kan!

Featured Tue, 28 Mar 2023