Busana Hitam Putih Siti Nurhaliza Curi Perhatian, Tribute Insan & Sumbangan Terpenting Buat Palestin “Mohanad For You Are The Brigde Of Hope”

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan selepas busana hitam putih yang dipakainya ketika konsert Fenomena Siti Nurhaliza yang berlangsung di The Star Theatre, Singapura ditujukan kepada insan dan sumbangan terpentingnya di bumi Palestin.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Siti di Instagram miliknya, busana rekaan pereka fesyen ternama, Fiziwoo itu merupakan persalinan pertamanya untuk dua hari konsert.

 

Namun, apa yang mencuri perhatian, busana berona hitam putih yang dipakai Siti ketika konsertnya itu tertulis kata-kata yang ditujukan kepada insan terpenting yang juga wakil Yayasan Nurjiwa di Palestin iaitu, Doktor Mohanad selain nama seorang datuk yang kehilangan cucunya akibat kekejaman tentera Israel, Khalid dan juga sekolah yang ditubuhkan menggunakan nama kedua-dua anaknya, Afwa Al Afiyah.

“Afwa al Aafiyah for you are pillar of strength and future of hundred souls”.

“Khalid,for you are my light”.

“Dr.Mohanad, for you are the bridge of hope,” tulis pada baju berkenaan.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji busana berkenaan selain tindakan Siti yang dilihat tidak pernah melupakan penduduk di negara bergolak itu disetiap konsertnya.

Salma Syahbuddin

Recent Posts

[VIDEO] Cik B Kesal Rakan Baik Curi Hoodie Balenciaga Cecah RM8,000

Nasib baik Allah tunjuk awal siapa kawan yang betul ikhlas dengan Cik B.. Hm 😢

10 hours ago

Kontinjen Negara Bakal Menyarungkan Rekaan Rizman Ruzaini Semasa Pembukaan Olimpik Paris 2024

Sekali lagi Rizman Ruzaini mendonia!!! tahniah satu pencapaian yang membanggakan

13 hours ago

JAIS Arahkan Ustaz Don Tidak Bersiaran Di Stesen Radio

Semoga semuanya dipermudah buat Ustaz Don

1 day ago