Comelnya! Telatah Mesra Anak Anzalna Nasir Bersama Sepupu Perempuan Buat Ramai Geli Hati

Anak pelakon jelita Anzalna Nasir tampil meraih perhatian selepas menampilkan telatah comel dalam sebuah video penggambaran produk.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Anzalna telah memuat naik video anak lelaki sulungnya, Mohamad Eidrees, 5, yang sedang menjalankan penggambaran produk rambut terbaru milik Anzalna bersama sepupu perempuannya.

Lebih menarik apabila pelakon Aku Isterinya itu menulis kapsyen seakan memberi amaran kepada anak buahnya untuk tidak mainkan perasaan Eidress.

“Ella awak tu dah ada boyfriend tau! Awak jangan mainkan perasaan anak saya!

“Anak saya tu nampak gaya seorang yang setia,” seloroh Anzalna.

Geli hati melihat telatah mesra Eidrees dan sepupunya itu, perkongsian tersebut meraih pelbagai respons dalam kalangan peminat di ruangan komen.

“Ella tengok mommy dan papa sweet-sweet tu yang Ella terbawa sampai ke shoot.

“Kenapa kita ikut sengih sekali ni?

“Haihhh gerammm dengan dua ketul ni! Hahaha dan boleh buat drama bersiri.

“Aii besar ni kahwin dua orang ni.

“Dua-dua betul-betul menjiwai watak hahahhaa.. comel je.

“Adoi tengok banyak kali,” komen netizen.

Dhia Iwana