Categories: HiburanTrending

Dakwaan Bertunang Dengan Aliff Aziz, Ini Jawapan Ruhainies – “Tak Akan Berlaku”

Pelakon kontroversi, Ruhainies menjawab dakwaan yang mengatakan dia bakal bertunang dengan bekas suami Bella Astillah, Aliff Aziz.

Menafikan desas-desus terbabit, Ruhainies mengakui pelbagai dakwaan tidak benar mengenai dirinya semakin banyak diperkatakan.

“Tak akan berlaku (bertunang). Tak adalah, hal itu pun (penyebaran berita pertunangan) merepek. Makin lama makin merepek.

“Saya pun tak tahu siapa yang buat benda itu. Tiba-tiba media jadikan ia bahan berita. Saya rasa sedihlah juga kerana berita tak sahih dikeluarkan,” katanya.

Ruhainies ditemui XTRA usai bacaan pertuduhan kes khalwat dirinya bersama Aliff di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ruhainies tidak menafikan selagi kes khalwat dan kontroversi yang melanda dirinya ini belum selesai, ia sedikit sebanyak mengganggu fikirannya.

“Tentulah rasa terganggu juga. Saya pun manusia biasa bukan,” katanya.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat pada 9 Mac lalu.

Diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani, Ruhainies dan Aliff membuat pengakuan tidak bersalah ketika tuduhan dibaca di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di hadapan hakim, Abu Suffian Abu Yaziz, sebentar tadi.

Padin

Recent Posts