Dapat Jualan RM5.4 Juta, Koleksi Ramadan Tudung Milik Fazura Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam

Ini bukan pertama kali buat pelakon dan usahawan, Nur Fazura melancarkan koleksi tudung dan mendapat sambutan hebat peminatnya.

Terkini, koleksi tudung yang dikeluarkan bersempena Ramadan habis terjual dalam masa satu jam sahaja.

Perkara itu dikongsi Fazura menerusi hanataran di laman instagram miliknya.

“MasyaAllah.. Tabarakallah.. Segalanya milik Allah SWT.

“The “Rahmat Ramadhan” of 200,000 pieces has officially SOLD OUT within just 1 hour!!! 🤲🏻😭😭

“Tahniah buat keluarga besar saya @fazurabesties dan semua anak- anak agents kita.

“Dengan rasa rendah diri Faz ucapkan Terima kasih buat anda semua yang Faz kasihi for your endless love and support, my darlings. Semuanya hanya untukmu,” tulisnya.

 

Difahamkan, sebanyak 200,000 koleksi tudung edisi “Rahmat Ramadhan” Fazura laris terjual sebaik sahaja dilancarkan.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang berteka-teki mengenai keuntungan yang diperolehi pelakon yang popular menerusi filem Gol & Gincu ini.

Fazura menjual setiap sehelai tudung miliknya dengan harga RM27 dan selepas 200,000 helai tudung ‘sold out’, hasil jualan koleksi terbabit ialah RM5.4 juta.

 

Salma Syahbuddin

Recent Posts