Didakwa Guna Gambar ‘Soft Porn’ Untuk Promosi Produk, Akaun IG Nilofa Tampil Mohon Maaf

Susulan didakwa menggunakan foto berbentuk ‘soft porn’ untuk tujuan promosi produk kesihatan dibawah jenamanya, kali ini, syarikat Nilofa Group yang dimiliki usahawan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor itu tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram, syarikat itu mengakui wujud salah faham terhadap beberapa foto atau grafik yang digunakan.

“Kami dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas kesalahfahaman yang timbul berkenaan dengan produk kami yang telah dipaparkan,” kongsinya.

Dalam hantaran sama juga, pihak Nilofa Group berjanji akan memastikan konten yang akan dihasilkan pada masa akan datang lebih menjaga sensitiviti dan lebih mesra kepada masyarakat seluruhnya.

“Kami mengambil maklum pantau tegur daripada masyarakat dan berjanji untuk lebih berhati-hati serta sensitif dalam setiap komunikasi kami pada masa akan datang. Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua,” jelasnya.

Terdahulu, nama Neelofa hangat menjadi sebutan di media sosial selepas tular foto promosi produk kesihatan dalaman wanita yang didakwa berunsurkan ‘soft porn’.

Susulan tindakan tersebut, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa kecewa apabila iklan tersebut dilihat tidak sesuai dengan penampilan selebriti itu yang menutup aurat.

ARTIKEL BERKAITAN:Produk Isterix Nilofa Dikritik, Dakwa Guna Gambar Promosi ‘Soft P*rn’… Imej Berpurdah Neelofa Dipertikai

 

Salma Syahbuddin