Didakwa Salah Guna Dana, Farah Lee Beri Penjelasan – “Hati-Hati Jangan Terburuk Sangka…”

Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee menegur tindakan segelintir individu yang berani meninggalkan komen berbaur tuduhan mengenai pengurusan dana bagi pertubuhan kebajikan miliknya iaitu, Pertubuhan Kebajikan F. L atau @fl.childrity.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Farah mendedahkan bahawa semua kutipan dana yang diperolehi oleh fl.childrity dikongsikan secara ‘transparent’ menerusi laman rasmi pertubuhan berkenaan.

Mengulas lanjut, Farah memaklumkan dia tidak pernah mengambil satu sen elaun untuk misi bantuan yang dijalankan dibawah pertubuhan kebajikan miliknya itu.

“Aku pergi misi childrity tak pernah ambil satu sen elaun ke apa padahal time misi kau orang yang pernah travel sekali dengan aku taulah all out macam mana aku kerja.

“Aku bukan kerja uruskan NGO je, banyak lagi shooting, job business lain yang aku buat untuk hidup macam mana aku hidup aku sekarang.

“Memang ada orang buat NGO sebab nak senang kaya, tapi tak semua yang buat NGO tu untuk kaya. Haritu ada brand nak bagi dana RM100,000 aku tolak sebab tak menang tangan. Kalau aku kaki makan kos pengurusan, gila lah tolak amoun besar-besar, tv invite tu kan?,” katanya.

Memilih untuk sentiasa bersikap merendah diri, Farah mengakui, melakukan kerja-kerja kebajikan ini adalah minatnya sejak dari zaman belajar lagi.

Malah, walaupun sibuk dengan perniagaan yang diusahakan, dia sanggup untuk memberi keutamaan kepada pertubuhan kebajikan miliknya itu.

Lebih mengharukan, anak perempuannya, Maream Esabel pernah bertanya, adakah mereka miskin kerana perlu mencatu makanan.

“Aku suka stay underground dan humble. Ada public dana masuk aku sampaikan, ada orang request project aku buatkan, memang passion aku dari zaman belajar dulu buat kerja-kerja charity.

“Aku tubuhkan childrity pun upon request, walaupun tenagh busy handle benda lain. Aku hold kejap bsuiness sebab nak set up dan stabilkan childrity, siap catu makanan sampai Maream kata ‘Omma, kita bukan miskin kan? Kita just tak ada duit kan?’ sebab aku cakap kat dia kita makan simple je dekat rumah sebab duit kita tak ada sangat sekarang,” jelasnya.

Dalam perkongsian lain, Farah juga turut menyertakan beberapa bukti peruntukan dana yang digunakan bagi tahun 2022 dan 2023.

 

Justeru, tidak mahu isu ini disalah ertikan dan komen berbaur tuduhan itu terus diperkatakan, Farah memohon agar mana-mana pihak yang tidak mahu memberikan sokongan terhadap pertubuhan kebajikan miliknya supaya berhati-hati meninggalkan komen agar jangan sampai jatuh fitnah.

Salma Syahbuddin