Categories: HiburanTrending

Dikecam Datang Mahkamah Seiring Sejalan Bersama Aliff Aziz Dengan Wajah Ceria, Ruhainies Tak Pandai Berlakon – “Takkan Saya Nak Menangis Pula?”

Pelakon sensasi, Ruhainies menafikan dakwaan warganet yang mengatakan dia tidak sensitif apabila hadir ke mahkamah dengan senyuman lebar, sebentar tadi.

Dikecam teruk netizen gara-gara hadir ke bacaan pertuduhan kes khalwat dirinya bersama penyanyi Aliff Aziz di mahkamah dengan reaksi wajah ceria, Ruhainies mendedahkan sebaliknya dia gembira kerana akhirnya dapat bertemu pihak media.

“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua.

“Saya bersyukur sebab kalian sudi datang pada awal pagi untuk mengikuti prosiding hari ini.

“Mengenai dakwaan tidak sensitif, takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies turut mendakwa dirinya hadir ke prosiding di mahkamah hari ini secara berasingan dengan Aliff dan bukannya bersama sebagaimana yang didakwa sesetengah warganet.

“Tidak, kami datang berasingan. Tapi waktu perbicaraan yang sama. Kami meletakkan kenderaan secara berdekatan, jadi jalan bersama ke mahkamah,” katanya ringkas.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka pada 9 Mac lalu.

Kedua-dua mereka membuat kenyataan demikian semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Aliff dan Ruhainies hadir dengan diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

Padin

Recent Posts