Kini Bergelar Hajah, Ella Syukur Azam ‘Naik Haji’ Tercapai

Ratu rock Malaysia, Ella memanjatkan rasa syukur tak terhingga apabila selesai menjalani ibadah haji pada tahun ini.

Dalam satu perkongsian, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin berkongsi momen dia bersama suaminya, Azhar ketika di Makkah tempoh hari.

“Alhamdulillah hari ini 10 Zulhijjah, Ella dan Azhar telah selesai sempurnakan sebahagian dari Rukun Haji.

“Ella juga sempat abadikan momen sewaktu wukuf di Arafah dengan curahan doa yang baik buat anda semua agar jadi sebahagian dari kenangan manis buat memori kita bersama.

“Terbanglah ke sini mencari abadi, Terbanglah ke mari, mencari hakiki. Jagalah diri mu selalu,” coretnya di Instagram.

Ella dan suami, Azhar ketika menunaikan haji tempoh hari.

Dalam perkongsian berbeza, Ella turut memuat naik klip yang memaparkan momen Ella dan suami ketika berangkat ke Makkah.

Permulaan klip tersebut turut memaparkan temu bual pelantun lagu Rama Rama itu yang berkongsi azamnya yang ingin menunaikan ibadah haji pada 2024.

“Azam baru Ella pada 2024 ini kalau panjang umur, murah rezeki Insya-Allah nak buat haji,” ujarnya dalam temu bual tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dengan penyanyi berusia 57 tahun itu malah memdoakan Ella dan suami mendapat haji yang mabrur.

Malah, ada juga yang berasa senang dengan Ella dan suami yang dalam diam mengerjakan haji.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi