Eyra Hazali Dedah Sedang Hamil Anak Ketiga, Reda Tak Ada Rezeki Dapat Kembar – “Rupanya Dua Tapi Satu Tak Jadi”

Pelakon, Eyra Hazali akhirnya mendedahkan dia kini sedang hamil anak ketiga.

Namun begitu, Isteri penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli memaklumkan dia sepatutnya hamil anak kembar namun salah satu embiro yang terbentuk berada di luar rahim.

“Saya dan Haziq pergi melakukan ujian ultra bunyi untuk sahkan kehamilan dan kami mendapat berita buruk.

“Ternyata, doktor beritahu kehamilan saya adalah ektopik namun selepas berjumpa dengan doktor yang menyambur kelahiran Hayder dulu, dia maklumkan ia bukan ektopik.

“Rupa-rupanya, dua anak mama dan papa tapi tiada rezeki. Satu tak jadi.

“Tinggal satu anak mama papa. Tapi tak apa, kami bersyukur dengan rezeki ini,” katanya dalam video YouTube.

Sementara itu dalam perkongsian di Instagram,  Eyra meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat keluarga mereka.

Jelas Eyra, dia akan bersalin dalam masa empat bulan lagi.

“Disini Eyra minta doa-doa baik dari semua untuk kami sekeluarga as our little bean will be here in 4 months. Terima kasih semua,” tulisnya.

Sekadar info, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4, dan Muhammad Endra Haqimie, 2 tahun.

Artikel Berkaitan: “Kenapa Tak Ajak Bella Or So Called ‘Bestfriend’ Makan Sekali?”- Eyra Hazali Pertikai Kenyataan Ruhainies Isu Tangkap Khalwat

Artikel Berkaitan: “Berikan Kami Rezeki Seluas… Luaskan Kuasamu Johor…. Ale Ale!”- Netizen Terhibur Eyra Hazali Kongsi Momen Berdoa Bersama Anak!

Artikel Berkaitan: Terkesan Dengan Isu Buli, Eyra Hazali Dedah Pernah Jadi Mangsa – “Kunci Diri Dalam Bilik 2 Minggu… Sesak Nafas”

Aqilah Paharuzi