Watak Jahat Nordin Dalam ‘Khilaf Yang Tertulis’ Dibenci, Fadlan Hazim Mohon Penonton Bezakan Drama Dengan Realiti – “Ada Yang Dah Melebih, Saya Ambil Tindakan Nanti”

Aktor, Fadlan Hazim memohon penonton membezakan antara drama dengan realiti.

Fadlan berkata demikian apabila watak Nordin yang dilakonkannya dalam drama Khilaf Yang Tertulis di TV3 kini dikatakan dibenci ramai.

Natijah­nya, ramai penonton yang terlampau menghayati drama itu telah marah-marah dan Fadlan menjadi sasaran makian.

“Kepada yang benci Nordin atau Jai, tolong belajar bezakan watak drama TV dengan saya yang realiti ya,” tulis Fadlan.

Dakwa Fadlan lagi, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana terdapat sesetengah penonton yang mengundang gelombang kecaman yang dahsyat.

“Ada yang dah melebih-lebih ni, saya ambil tindakan nanti #KhilafYangTertulis,” dakwa Fadlan.

Drama bersiri Khilaf Yang Tertulis yang sedang hangat bersiaran semakin mendapat tempat di hati peminat!

Kesungguhan Nordin (Fadlan Hazim) mencari Yana (Puteri Balqis) dan Rizal (Danish Hazriq) membuatkan Amir (Ashraf Muslim) akhirnya percaya yang Nordin benar-benar ikhlas menyayangi anak saudaranya itu.

Amir meminta maaf kerana selama ini menuduh Nordin sembarangan. Namun pada masa yang sama, Misha (Fasha Sandha) terdengar perbualan Nordin bersama seseorang di telefon yang menyatakan mereka harus berhati-hati.

Drama hasil nukilan skrip oleh PGR’S Team, Moonamka dan Chinta Nadessha ini menampilkan barisan pelakon yang mantap seperti Fasha Sandha, Fadlan Hazim, Puteri Balqis, Ashraf Muslim, Chacha Maembong, Danish Hazriq, Rafique Iskandar dan Zamarul Hisham.

Jangan lupa saksikan Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Suami Baharu Jadi Dalang Penculikan Anak Sendiri? ‘Khilaf Yang Tertulis’ Makin Hangat!

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Mak Kahwin Suami Baru, Anak-Anak Terus Tak Dipedulikan… Drama ‘Khilaf Yang Tertulis’ Semakin Hangat!

ARTIKEL BERKAITAN: Kubur Suami Masih Merah, Belum Habis Tempoh Idah Dah Gatal Nak Kahwin? Drama ‘Khilaf Yang Tertulis’ Semakin Panas!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Aktif ‘Live’ Di Media Sosial, Terjebak Skandal Kerana Suami Selalu Sibuk? Saksikan Fasha Sandha & Fadlan Hazim Dalam ‘Khilaf Yang Tertulis’

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi