Hiburan By: Padin May 28, 2024 @ 7:36pm

Isteri Aktif ‘Live’ Di Media Sosial, Terjebak Skandal Kerana Suami Selalu Sibuk? Saksikan Fasha Sandha & Fadlan Hazim Dalam ‘Khilaf Yang Tertulis’

Kesetiaan seorang isteri, Misha (Fasha Sandha) mula tercabar apabila kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada suaminya, Firdaus (Zamarul Hisham) yang jarang bersamanya atas faktor kerja.

Hatinya tidak pernah menidakkan yang selama ini dia juga bahagia dengan mahligai keluarga yang telah dibina bersama. Namun kebahagiaan yang dikecapi bersama Firdaus sehingga mempunyai tiga orang cahaya mata, Yana (Puteri Balqis), Rizal (Danish Hazriq) dan Aman (Rafique Iskandar), masih membuat Misha masih merasa sunyi.

Apakah yang akan dilakukan Misha untuk membuang rasa kekosongan itu? Berjayakah keluarga ini menempuh konflik yang dihadapinya?

Terbaharu di slot Samarinda, drama bersiri 15 episod ‘Khilaf Yang Tertulis’ ini merupakan hasil arahan pengarah berpengalaman Jamal Khan dan Riza Baharudin.

Khilaf Yang Tertulis bersiaran menerusi slot Samarinda bermula pada 27 Mei 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan boleh strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Drama hasil nukilan skrip oleh PGR’S Team, Moonamka dan Chinta Nadessha ini menampilkan barisan pelakon yang mantap seperti Fasha Sandha, Fadlan Hazim, Puteri Balqis, Ashraf Muslim, Chacha Maembong, Danish Hazriq, Rafique Iskandar dan Zamarul Hisham.

Konflik bermula apabila Yana mengesyorkan ibunya untuk aktif di laman sosial bagi mengurangkan rasa bosan bila ditinggalkan ayahnya untuk bekerja. Hubungan Yana dan ibunya sangat rapat dan Yana adalah satu-satunya anak perempuan yang sering mendengar luahan hati ibunya yang sudah lali dengan kehidupan yang sunyi selama berbelas-belas tahun.

Tanpa disangka, Misya yang semakin aktif buat live di media sosial itu berjaya menarik perhatian ramai pengikut menerusi perkongsian tentang kehidupannya yang sunyi. Begitulah bermulanya titik perkenalan Misha dengan seorang pengikut media sosialnya, Nordin (Fadlan Hazim).

Misha mula jatuh hati dengan Nordin kerana dia merasakan kehadiran Nordin itu berjaya mengisi kekosong dan kesunyiannya. Bermulalah babak-babak romantis antara Misya dan Nordin.

Namun, rasa bahagia Misha terhenti apabila menerima sebuah berita buruk mengenai suaminya. Ini membuatkan Misha rasa bersalah terhadap suaminya dan rasa sangat berdosa kerana pernah mempunyai perasaan terhadap lelaki lain dan Misha mula dilanda kemurungan.

Berjayakah Misha menggapai bahagia bersama anak-anaknya? Apakah kesudahan yang bakal menimpa Misha sekeluarga? Adakah kisah Misha dan Nordin berakhir hanya di situ?

Jangan ketinggalan untuk menonton Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda bermula 27 Mei 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Nov 2017

Kata Gangster, Sekarang Baby Sitter Pula?

Kalau dahulu adalah gangster tapi kini adalah baby sitter tetapi nak baby sit siapa pula dan apa misinya kali ini?

Hiburan Tue, 7 Mar 2023

Bapa Abby Abadi Meninggal Dunia

Innalillahiwainnailaihiraji’un

Featured Thu, 8 Sep 2022

Digelar Munafik Gara-Gara ‘Senyap’ Isu Konsert Artis Indonesia Ke Malaysia, PU Syed Tetap Dengan Pendirian Mahu Cegah Maksiat!

Mana yang baik kita ambil, jangan sampai kita jadi manusi tidak beradab, ilmu pun tak cukup banyak lagi dek oiii…👀

Hiburan Thu, 1 Sep 2022

“Bukan Untuk Suka-Suka, Tetapi…” – Alicia Amin Jelas Isu Protes Di KLFW 2022

Pasti ada sebab tersendiri kenapa Alicia buat protes tu kan! Apapun Alicia memang ‘berani’!!

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Featured Sat, 15 Jan 2022