Hiburan By: Padin June 21, 2024 @ 11:30pm

Festival Budaya Filem China-Malaysia Dianjurkan Bersempena Ulang Tahun Ke-50 Hubungan KL-Beijing

Tayangan 11 filem Malaysia dan China merupakan antara intipati Festival Budaya Filem China-Malaysia yang dianjurkan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, bermula hari ini (21 Jun 2024) hingga Ahad (23 Jun 2024).

Diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur-Beijing, forum untuk pembikin filem yang menjadi platform pengkarya dua negara berinteraksi turut dianjurkan.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, forum dianjurkan mampu memupuk pertukaran budaya, mempromosikan filem dan program televisyen (TV) selain meningkatkan persefahaman pembikin filem.

“Filem bukan sahaja mengisahkan cerita yang menarik, sebaliknya, mengatasi halangan bahasa dan budaya serta mengeratkan hubungan antara rakyat.

“Pada Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM90 juta melalui Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menggalakkan penerbitan filem antarabangsa berkualiti tinggi.

“Malah, karya filem dan TV tempatan mendapat rebat tunai sehingga 30 peratus. Jika kandungan filem itu berkaitan dengan budaya tempatan, syarikat produksi boleh memohon tambahan lima peratus rebat tunai.

“Sehubungan itu, kami mengalu-alukan semua orang datang ke Malaysia untuk menghasilkan filem yang bagus,” katanya pada majlis perasmian Festival Budaya Filem China-Malaysia.

Turut hadir di majlis terbabit adalah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Festival Budaya Filem China-Malaysia, Aron Koh.

Tambah Nie Ching, landskap negara yang meliputi pelbagai budaya boleh mencerminkan industri filem yang menarik.

“Kita ada pengarah berbangsa Cina yang cemerlang dalam perfileman bahasa Cina, seperti Chiu Keng Guan, Jin Ong dan Chong Keat Aun.

“Malah, pengarah berbangsa Cina seperti Adrian Teh dan Liew Seng Tat juga mencapai kejayaan dalam menghasilkan filem bahasa Melayu,” katanya.

Tambahnya, pertukaran budaya juga boleh dilihat menerusi filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza yang memfokuskan kepada kisah keluarga Cina.

Festival Budaya Filem China-Malaysia disokong FINAS bagi mempromosikan naskhah dihasilkan pengkarya Malaysia dan China selain memperkenalkan pembikin filem dari kedua-dua negara kepada orang ramai.

Pada majlis perasmian itu, filem pembukaan iaitu Victim(s), naskhah usahasama China dan Malaysia arahan Layla Yi, dipertontonkan.

Sebelas filem dari China dan Malaysia yang ditayangkan adalah Small Town Heroes; Sheriff; Prebet Sapu; The Movie Emperor; Born To Fly; No More Bets; Wandering Earth 2; Creations of the Gods I : Kingdom of the Storms; One and Only dan The Movie Emperor.

Tiket berharga RM10 boleh dibeli melalui aplikasi Dadi Cinema Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Jan 2022

“Mereka Tak Mahu Hadapi Kesusahan” – Jackie Chan Sifatkan Pelakon Muda Enggan Bersungguh Dalam Kerjaya

Pelakon popular antarabangsa, Jackie Chan, 67, baru-baru ini tampil dalam sebuah program bual bicara memperingati Golden Rooster Awards di mana dia meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah pelakon muda. Pelakon filem aksi itu berkata, pelakon muda […]

Hiburan Mon, 3 Sep 2018
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Buka ‘Warung Teringin’, Shima Mula Bisnes Nasi Campur

Antara juadah yang bakal disajikan termasuk asam pedas, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api dan aneka masakan kampung lain.

Hiburan Thu, 13 Jun 2024

Didi Astillah Nak ‘Move On’, Tak Tahu Bila Akan Berbaik Dengan Aliff Aziz 

Hm bukan senang nak melupakan apa yang terjadi kan

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

TAEYANG AND MIN HYO RIN’S WEDDING INVITATION IS SO PRETTY!

The couple will be getting married next month and now their wedding invitation has been revealed.

Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Lengkap Satu Keluarga, Ayda Jebat Akhirnya Kongsi Wajah Anak Kedua

Aww comelnya Aali Mateen! Haa muka dadaa ke muka mommy dia?

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

Tiket ‘Laku Keras’, Konsert BLACKPINK Tambah Sehari Lagi

Jangan lepaskan peluang lagi tau! Jom dapatkan tiket segera di www.mccpiepro.com.

Events Sat, 6 Aug 2022

‘Bisik’ Pasal Crush, Irfan Haris Hasil Single Ke-8 – “Saya Harap Dia Tahu Lagu Ini Untuk Dia”

Korang yang ada crush tu mungkin boleh BISIK macam Irfan Haris jugak 😂 Apapun tahniah Irfan sebab lagu berjaya masuk carta RIM 👏 Dah jom sendu sama-sama!