Categories: HiburanTrending

Gadis Cantik Bercinta Dengan Anak Ozlynn, Netizen Puji: “Pandai Ariq Pilih… Muka Iras Mama”

Seorang gadis yang dikenali sebagai Giya memuat naik video dan foto bersama anak kepada pasangan selebriti Ozlynn dan Johan mencuri perhatian ramai warganet.

Menerusi perkongsian gadis itu di akaun TikToknya, dia membuat trend popular yang sering dilakukan pasangan bercinta di aplikasi tersebut.

Malah, pada ruangan kapsyen pula Giya menyatakan mereka menjalinkan hubungan cinta tetapi secara jarak jauh (long distance relationship).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan gadis itu walaupun dalam keadaan sedang tidur.

Tambah, ramai yang menyatakan gadis itu memiliki wajah yang sama dengan Ozlynn.

“Pandai Ariq cari gf macam muka mama ekk.

“She looks like his mom omg girlll.

“Sebenarnya siapa anak Ozlyn ni. Asal sama sangat,” komen warganet.

Atiqah Johari