Featured By: Salma Syahbuddin June 25, 2024 @ 1:30pm

Gara-Gara Kerap Difitnah, Ruhainies Nekad Beri Pengajaran Pada Pihak Tidak Bertanggungjawab… Siap Kongsi Petikan Islamik Mengenai ‘Sabar’

Pelakon sensasi, Ruhainies nekad untuk memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya sebagai ‘bahan’ pelaris demi meraih pengikut dan jumlah tontonan yang ramai di media sosial.

Hal ini terjadi susulan isu penularan kad jemputan majlis pertunangannya bersama aktor Aliff Aziz pada Isnin.

Katanya, dia akan memastikan pihak tersebut menerima balasan setimpal terhadap fitnah yang diberikan terhadapnya.

“I will make sure you will pay for it. Pengajaran untuk company lain juga yang tidak bertanggungjawab yang selama ini mereka cerita demi naikkan followers dan viewers.

“Saya sudah lama sangat berdiam. Kepada Instagran users yang dihormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan di media sosial. Fitnah dah jadi kebiasaan untuk mereka ini. Dunia ni dah terlalu tenat,” katanya.

Perkara itu dikongsi Ruhainies menerusi hantaran di Instagram Story nya.

Dalam hantaran berlainan pula, Ruhainies turut berkongsi beberapa petikan islamik mengenai sabar.

Menurutnya, petikan-petikan yang dipetik dari ayat al-Quran itu merupakan petanda bahawa Allah SWT mahu dia terus bersabar menghadapi apa juga ujian yang mendatang.

“This could be the sign. Allah nak saya bersabar lagi,” tulisnya.

Terdahulu, Ruhainies bengang apabila kad jemputan pertunangan yang dicetak secara digital tertera namanya dan aktor Aliff Aziz dikongsikan oleh pengguna media sosial yang dikenali sebagai @kaddigital.murah.

Berdasarkan foto berkenaan, majlis pertunangan itu dilaporkan akan diadakan pada Sabtu, 29 Jun 2024 dan bakal berlangsung di sebuah lokasi, Forest Valley Hall yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN:Ruhainies Bengang Kad Jemputan Palsu Majlis Pertunangan Dengan Aliff Aziz Tular – “Saya Tak Halalkan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Apr 2018

Awas! Ketahui 6 Jenis Bahan Bahaya Dalam Produk Kecantikan

Sesetengah produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia yang sangat bahaya bukan sahaja untuk kulit tetapi kesihatan kita.

Featured Wed, 9 May 2018

Anda Tak Perlu Gigih Nak Bersihkan, Sekali Celup Boleh Tahan 20 Hari Dakwat PRU14

Jangan gigih sangat nak hilangkan dakwat di jari itu lepas mengundi, sebab ia akan tahan selama 20 hari!

Hiburan Sun, 2 Dec 2018

Resepsi Penuh Gemilang, Priyanka Chopra Dilabel ‘Cakap Tak Serupa Bikin’?

Ayoooo, kenapa pula netizen di sana sindir Priyanka pula ni?

Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Wed, 11 Sep 2019

Tak selesa kembung perut? Legakannya dengan tujuh makanan lazat ini!

Kalau tiada ubat, inilah makanan alternatifnya!

Eat Travel Fri, 22 May 2020

Lemang hipster, enaknya tak terkata

Sekali makan, terus melekat mahu lagi