Hefny Sahad Akhirnya Tamat Zaman Bujang

Pelakon dan pengacara, Hefny Sahad akhirnya selamat bergelar suami kepada wanita idamannya bernama Nur Atiqah tepat  jam 5.39 petang, Sabtu.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dimuat naik di Instagram portal hiburan popular, @officialhlive, Hefny selamat diijab kabulkan dengan hanya sekali lafaz oleh bapa kepada pengantin perempuan.

Dalam hantaran sama, majlis pernikahan itu juga difahamkan telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Terdahulu, nama Hefny Sahad pernah menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warganet selepas dirinya pernah digosip menjalin hubungan cinta bersama pelakon popular, Nad Zainal dan Uqasha Senrose.

Salma Syahbuddin