Imej Bertudung Cetus Tanda Tanya, Ini Respons Nora Danish – “Senang Saya Terus Solat Dan Mengaji Al-Quran”

Susulan imej berhijab yang dipamerkan pelakon jelita, Nora Danish mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen, aktres itu akhirnya tampil menjelaskan mengenai tindakannya.

Katanya, dia mengenakan hijab dan menutup aurat kerana dia merasakan perkara itu lebih mudah untuknya menunaikan solat dan membaca al-Quran.

“Semua sedia maklum, siap yang tahu… Nedim sekarang berada di hospital. Dia tengah recovering. Tapi saya tak boleh nak kongsi butiran tentang sakitnya kerana ianya adalah sulit dan sangat peribadi buat keluarga.

“So, ketika saya menjaga Nedim di hospital, saya memakai pakaian yang senang untuk saya terus menunaikan solat dan dalam masa yang sama saya mengaji Al-Quran juga. Jadi lebih senang kalau memakai pakaian yang menutup aurat,” katanya.

Perkara itu dikongsi Nora menerusi hantaran yang dimuat naik di platform TikTok miliknya.

Dalam hantaran sama, Nora juga menitipkan uzapan terima kasih buat semua peminat di luar sana yang sentiasa mendoakan kebaikan untuknya.

“Saya nak ucapkan terima kasih kerana tidak henti-henti menyokong saya, saya hargai sangat. Saya harap doa anda, doa ibu dan doa saya juga Allah makbulkan. Insya-Alla,” jelasnya.

Terdahulu,  isu imej berhijab yang dibawa Nora mencuri perhatian apabila dia memuat naik foto dirinya memakai tudung berwarna hitam dan memakai baju hoodie berona kelabu di Instagram miliknya.

Malah, sebelum ini juga Nora dilihat lebih selesa berkongsi fotonya memakai hijab mahupun menutup bahagian kepalanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish Beri Bayangan Sudah Berhijab?

Salma Syahbuddin