[VIDEO] Individu Hina Anak Sulung Caprice Akhirnya Tampil Bersemuka, Melutut Mohon Maaf Pada Farra Inalis

Individu yang didakwa menghina bayi sulung penyanyi rap, Caprice baru-baru ini akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara bersemuka.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Caprice di Instagram (IG), individu lelaki tersebut hadir ke kediaman Caprice bagi membuat pemohonan maaf di hadapan isteri Caprice, Farra Inalis serta bayi sulung mereka, Airiel Qashaf yang masih bayi.

Dalam video tersebut, individu tersebut diminta membuat permohonan maaf dengan melutut dihadapan Farra Inalis.

Individu tersebut mengakui silap dan ikhlas dengan pemohonan maaf yang dibuatnya.

Tidak terhenti di situ, Caprice turut membawa individu itu ke masjid bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Malah di akhir video tersebut, Caprice turut memberi wang kepada individu itu untuk disampaikan kepada ibu individu tersebut.

Terdahulu, individu tersebut meninggalkan komen jelek di perkongsian Caprice dengan menghina anak sulung Caprice.

Ternyata komen berbentuk hinaan tersebut membuat ramai berasa marah dan meminta Caprice mengambil tindakan lanjut.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga bersama Farra Inalis pada November 2021.

Kini perkahwinan mereka diserikan dengan cahaya mata lelaki yang dilahirkan 17 Mac lalu.

Farra juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

Khairil Khusyairi