Individu Pecah Masuk Rumah, Letak Barang Pelik! Didakwa Cuba ‘Hantar’ Sihir Kepada Aeril Zafrel & Keluarga

Pelakon, Aeril Zafrel berkongsi video cemas memaparkan individu tidak dikenali memasuki perkarangan rumahnya sekitar jam dua pagi, Jumaat.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Aeril memuat naik video rakaman yang diambil oleh jirannya, menunjukkan individu tersebut seakan kelam kabut berlari keluar daripada kediamannya.

Lebih mencurigakan, individu tersebut bertindak meletak barang aneh seperti batang pinang dan kulit limau di kawasan rumah dipercayai untuk menghantar sihir kepada Aeril, pasangannya, Wawa Zainal dan keluarga.

“Siapa kenal budak ni tolong saya!! Budak ni panjat rumah saya dan bila tengok dia letak barang kat slide akhir tu..

“Kalau kenal dm saya . da buat report polis tapi susah nak kesan sebab nombor plat motor dia tak dapat tangkap kat cctv..,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa bimbang terhadap keselematan Aeril sekeluarga.

Sebelum ini, Aeril dan Wawa mendedahkan mereka disihir oleh individu yang dipercayai tidak berpuas hati dengannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Badan Aeril Zafrel Keluar Paku, Dawai, Pisau Akibat Disihir – “Lepas Maghrib Akan Sesak Dada”

Aqilah Paharuzi