Individu Persis Caprice Sakan Berjoget, Isteri Bengang Siap Tarik Telinga – “Alamak Cap, Kali Ni Aku Gelak!”

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan individu persis dirinya sakan berjoget pada sebuah majlis keramaian.

Menerusi perkongsian di TikTok, Caprice dan isterinya, Farra Inalis bersama-sama menyaksikan video berkenaan sebelum penyanyi itu menjelaskan bahawa individu didalam video tersebut bukanlah dirinya.

“I swear to god it’s not me. Why would i want to dance with Makcik!,” katanya.

Mahu mendapatkan kepastian, Farra Inalis bagaimanapun menyoal keberadaan suaminya pada malam tersebut.

“Semalam you pergi mana? Tengok bola.. team apa main?,” soal Farra.

Bagaimanapun, Caprice yang terlupa pasukan manakah yang bertanding dalam perlawanan tersebut gagal menjawab soalan isterinya.

“I was so hungry, so i forgot who. Portugal or France,” jelasnya.

Melihat tindakan Caprice yang tergagap-gagap memberikan jawapan, Farra pantas menarik telinga suaminya keluar dari bilik berkenaan.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terhibur melihat aksi pasangan suami isteri tersebut.

Malah, ramai yang berseloroh dan melabel Caprice sebagai seorang suami yang takut bini.

“Geng takut bini woi.

“Alamak Cap, kalini aku gelak.

“Cap oaky ke tu? Aku pun baru tahu hang pun takut bini juga.

“Kesian Cap! Kena fitnah.

“Farra betullah dia tengok bola. Dia duduk dekat sebelah meja I semalam. Dia order nasi goreng ayam spicy.

“Need more funny videos like this. Ini bukan takut bini, ni sayang bini,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 13,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Salma Syahbuddin