Seorang pempengaruh atau influencer ditahan polis selepas disyaki menunjukkan kemaluan dan bercakap lucah kepada seorang wanita menerusi panggilan video baru-baru ini.
Lelaki berusia 27 tahun terbabit ditahan pada 2.25 petang kelmarin untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail dalam satu kenyataan berkata, polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang dibuat pada 4.50 petang, 17 Mei lalu.
“Pengadu yang tidak bekerja mendakwa menerima panggilan video daripada seorang lelaki yang dikenalinya semasa berada di rumahnya di Taman Melewar.
“Hasil siasatan awal, pengadu berkenalan dengan suspek sejak awal bulan ini melalui laman sosial Instagram.
“Suspek membuat panggilan video kepada pengadu dan menunjukkan kemaluannya serta bercakap lucah dengan pengadu. Pengadu kemudian membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Bertindak atas laporan, beliau berkata, polis menahan suspek petang kelmarin sebelum dibebaskan dengan jaminan sebaik selesai merakam keterangannya.
Mohamad Lazim berkata, siasatan juga mendapati suspek dan pengadu pernah berjumpa sebelum ini.
Katanya, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Tambahnya, kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati menggunakan media sosial dan tidak mudah terpedaya dengan individu baru dikenali.
Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Peraturan baharu dalam Miss Universe Malaysia !
Batuk tak surut, Alyah pulang dua minggu awal dari Tanah Suci Kota Makkah
setuju dengan Hazama, anak itu akan pengikat kasih-sayang dalam rumah tangga
Hikmah disebalik kontroversi lalu
Fly High Amin &Abid! satu pencapaian yang patut dibanggakan!