Isteri Aliff Syukri Pertikai Bekas Pembantu Peribadi Tak Cukup Duit Cari Peguam – “Masa Bicara Kes, Dia Ada Peguam Yang Bukan Calang-Calang”

Isteri kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid, 39, berang apabila bekas pembantu peribadi suaminya, Melati Abdul Ghani, 47, gagal diwakili oleh mana-mana peguam bagi kes mahkamah melibatkan isu fitnah terhadap usahawan itu.

Menurutnya, dia tidak dapat diwakili oleh mana-mana peguam kerana tidak berkemampuan, selain turut merayu kepada hakim untuk diberikan tempoh selama sebulan.

“Disebabkan saya tiada peguam hari ini, saya merayu kepada hakimuntuk berikan saya masa selama sebulan untuk mencari peguam.

“Saya cakap pada plaintif, kalau boleh tak mahu panjangkan isu ini… saya cuma mahu hidup dengan tenang dan kes ini membuatkan saya tertekan.

“Saya bukan orang kaya nak upah peguam sampai makan ribuan ringgit,” katanya kepada pemberita.

Enggan isu ini terus menjadi spekulasi dalam kalangan netizen, Shahida tampil memberikan penjelasan.

Katanya, semasa kes perbiacaraan ini berlangsung, wanita itu mempunyai peguam.

Malah, pihak yang mewakili Melati juga bertindak mahu menyamannya sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun,  selepas kes tersebut kalah, peguam yang mewakili bekas pembantu peribadi suaminya itu didakwa hilang.

“Ini bukan isu tidak ada pertimbangan, sebelum ini saya pernah whatsapp peribadi kenapa buat macam ini tapi tiada respons. Masa dah dapat keputusan mahkamah, kalah kes pun mahkamah suruh buat permohonan maaf pun dia tak buat.

“Lepas tindakan penjara keluar kenapa baru nak menggelupur. Lepas tu acah macam teraniaya sedangkan sehari sebelum bicara pun masih lagi sibuk nak posting buruk pasal saya.

“Ni bukan kes mentang kaya ke apa… sebab masa bicara kes, dia ada peguam. Peguam dia pun bukan calang-calang,” katanya.

Perkara itu dikongsi Shahida menerusi hantaran di Instagram miliknya.

 

Dalam pada itu, menerusi pemerhatian XTRA, Shahida turut memuat naik quotes Islamik yang dipetik dari petikan al-Quran mengenai tindakan menyakiti orang lain.

“Kalau sudah hebat untuk menyakiti orang lain, bererti sudah cukup kuat untuk menerima balasannya,” kongsinya.

Terdahulu, Aliff meluahkan rasa syukur apabila pihaknya dimaklumkan menang saman fitnah yang telah difailkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida terhadap bekas pembantu peribadi mereka.

 

Sumber: Instagram, mStar

Salma Syahbuddin