Jarang Tengok Drama Melayu, Ibu Aliff Aziz Tak Setuju Boikot Cerita Terjerat – “Tepuk Dada Tanya Hati”

Ibu aktor sensasi, Aliff Aziz iatu Siti Hafiza tidak bersetuju sekiranya drama Terjerat lakonan anaknya bersama pelakon sensasi, Ruhainies wajar diboikot.

Meskipun jarang menonton drama Melayu, namun Hafiza atau lebih mesra disapa Fiza Aziz meminta netizen untuk mengelakkan budaya ‘cancel’.

“Saya jarang tendok drama Melayu tapi menonton drama Terjerat untuk menilai sama ada ia wajar untuk diboikot?

“Hmm, tepuk dada tanya hati, Insya-Allah,” katanya berserta tanda pagar #avoidcancelculture.

Sebelum ini, nama Aliff Aziz dan Ruhainies menjadi perbualan selepas mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah.

Lebih hangat, Ruhainies dikatakan punca terlersi masjid terbina antara Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah selepas mereka sah bercerai kali kedua pada 13 Jun lalu.

Malah, menerusi perkongsian di Instagram, Bella mengucapkan terima kasih kepada bekas sahabatnya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan rumah tangga mereka.

Sekadar info, Aliff dan Ruhainies dikatakan mula rapat selepas mereka menjalani penggambaran drama Terjerat.

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Mohon Maaf Bagi Pihak Anak, Janji Akan Terus Beri Nasihat  – “Kami Akan Terus Mendoakan Anakanda Kami Sehingga Menutup Mata”

Artikel Berkaitan: Ruhainies Bengang Kad Jemputan Palsu Majlis Pertunangan Dengan Aliff Aziz Tular – “Saya Tak Halalkan”

Aqilah Paharuzi