“Kalau Boleh Badan Ni Bahagi Dua Kan Senang… Doakan Kami” – Dugaan Buat Fizi Ali, Anak & Isteri Masuk Hospital Serentak

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 35, meluahkan rasa sedih apabila isterinya, Siti Zulaikha dan anak perempuannya, Damia dimasukkan ke hospital.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dimuat naik di Instagram, Fizi memperlihatkan isteri dan anaknya itu sedang terlantar di katil hospital.

Menganggap ini adalah dugaan untuknya, Fizi bagaimanapun memohon doa dari semua pengikutnya agar urusan keluarganya dipermudahkan.

“Ini betul-betul dugaan. Isteri masuk wad, anak pun masuk wad.

“Kalau boleh belah badan ni bahagi dua untuk jaga sekaligus kan senang. Doakan kami ya,” kongsinya.

 

Manakala, menerusi hantaran di Instagram Story pula, Fizi sempat menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya kerana sanggup bertarung nyawa demi zuriat yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Terima kasih sayang bertarung nyawa untuk anak kita. Saya tahu awak kuat,” katanya.

Terdahulu, pada 10 April lalu, Fizi mengumumkan bakal menimang cahaya mata selepas berkongsi foto baby bump isterinya dimedia sosial.

Untuk rekod, Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober 2023.

Sebelum ini Fizi juga pernah berkahwin dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia.

Salma Syahbuddin

Recent Posts