Kini Lebih Tenang, Syasya Rizal Akui Dah Lama Pasang Niat Nak Berhijab… – “Suami Banyak Nasihat, Tolong Gosok Tudung”

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal mengakui dia sudah lama pasang niat lama untuk untuk berhijab.

Mengambil keputusan untuk keluar daripada Dolla dan kini sudah mendirikan rumah tangga, Syasya menganggap waktu ini adalah paling sesuai untuk dirinya cuba istiqamah.

“Sebenarnya saya dah lama berniat untuk memakai tudung, tapi disebabkan kerja ketika itu jadi rasa macam tak sesuai sangat dengan personaliti saya semasa dengan Dolla.

“Bila saya keluar daripada Dolla, dan Alhamdulillah saya dah berkahwin sekarang saya rasa yang ini adalah masa terbaik untuk cuba istiqamah dan cari jalan lain dalam kehidupan saya.

“Tetapi saya masih belajar lagi.. Masih mencari stail tudung yang sesuai dengan wajah saya,” katanya.

Sementara itu, cucu kepada pelakon senior Rozie Othman ini memberitahu semua pakaiannya sebelum ini banyak diberikan kepada adik-adik Syasya yang masih kecil.

“Baju lama tak buang, bagi dekat adik-adik mana yang boleh. Saya memang ubah semua baju dalam almari pakaian,” katanya.

Syasya berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsinya bertempat di Magica Hall Subang Jaya, pada Sabtu lalu.

Dalam masa yang sama, Syasya juga bersyukur dikurniakan seorang suami yang banyak memberi nasihat serta menunjukkan sokongan terhadap penampilan baharunya ini.

“Alhamdulillah, tenang tu semestinya. Sekarang ni saya ada suami, Nasrullah bersama, dia banyak nasihat saya.

“Kadang-kadang kalau saya tak ada masa, dia tolong gosokkan tudung saya… jadi senang la juga,” katanya lagi.

Sebelum ini, penampilan Syasya yang pertama kali tampil mengenakan hijab ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri April lalu meraih pujian ramai.

Malah, Syasya atau nama lengkapnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, tampil dengan imej baharu selepas memaklumkan dia mengundurkan diri daripada Dolla pada 8 April.

Manakala, Syasya dan Nasrullah sah mendirikan rumah tangga selepas tular foto-foto pernikahan mereka di media sosial pada 21 April lalu.

Artikel Berkaitan: Selepas Undur Diri Daripada Dolla, Syasya Rizal Kini Bergelar Isteri?

Artikel Berkaitan: Individu ‘Bitter’ Syasya Rizal Buat Keputusan Untuk Kahwin & Tinggalkan Dolla – “Hope It’s Worth It Choosing A Guy Over Fans”

Artikel Berkaitan: Isu Nenek Tak Restu Perkahwinan, Ini Respons Syasya Rizal

Artikel Berkaitan: Wajah Mirip Nobita Buat Syasya Rizal Terpikat Pada Suami

Aqilah Paharuzi