Hiburan By: Afiq Kandi June 22, 2024 @ 2:01am

Konsert Solo Terakhir Awie: Kombinasi Monolog Dan Persembahan Teatrikal Rai 30 Tahun Perjalanan Karier Seni

Konsert ‘Journey’ Awie yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024 ini meraikan perjalanan 30 tahun Datuk Awie di dalam dunia seni sejak 1985 sebagai artis solo.

Penonton bakal disajikan dengan lagu-lagu popular yang mengimbau kenangan dari album-album kompilasi beliau yang memegang rekod Album Solo Artis Lelaki Paling Laris di Malaysia dan konsert ini juga merupakan konsert solo terakhir Awie.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TruePixel Sdn. Bhd., Samsul Kamal, ramai yang menantikan konsert solo Awie sehinggakan tiket bagi beberapa kategori telah pun habis dijual dalam beberapa jam sahaja selepas dilancarkan.

“Malah, laman web kami juga mencipta rekod menerima jumlah kunjungan yang paling tinggi pada jam pertama tersebut.

“Kami telah mula menjual tiket seminggu lebih awal bagi mereka yang membuat pra-pendaftaran dan pada masa yang sama menikmati diskaun bagi setiap pembelian,” katanya.

Istimewanya konsert ini akan menampilkan barisan pemuzik handalan seperti Rozario Rasul yang akan bertanggungjawab sebagai Pengarah Muzik yang juga bertindak sebagai pemain keyboard.

Manakala pemain gitar pula ialah Ritz MetalAsia (Guitar 1). Addy Cradle (Guitar 2), Fly Halizor (Bass), Ujang Exist (Drum), dan Pa’ang Zaman (Percussion).

Awie akan mempersembahkan lebih daripada 20 buah lagu-lagu popular beliau terutama dari album solo dan album Wings, termasuk dari album Awie (1994), O-Tak (1996), Satu (1998), Rentap (2000), dan Santai (2005).

Menurut penyanyi lagu Bara itu, dia terharu dan tidak menyangka sambutan terhadap konsert solonya sehebat ini.

“Saya terperanjat apabila dimaklumkan tiga kategori utama tiket habis dijual dalam beberapa jam.

“Oleh kerana permintaan yang tinggi daripada peminat, saya telah berbincang dengan pihak penganjur dan mereka bersetuju untuk membuka kategori tiket yang baru agar semua peminat yang tidak sempat membuat pembelian tempohari, boleh berbuat demikian sekarang.

“Konsert ini bakal meninggalkan satu kenangan yang paling manis buat semua peminat. Tema dan konsep unik yang tidak pernah dipersembahkan sebelum ini merupakan bingkisan yang begitu peribadi dari saya untuk semua. Hanya yang terbaik untuk semua peminat yang hadir pada 3 Ogos nanti,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari laman web rasmi www.pixeltix.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022

Pernah Lalui Pengalaman Pahit Dengan BBNU, Naim Daniel Tak Menyesal ‘Lamar’ Dolla – “Mereka Lain, Sangat Profesional”

Mereka sangat natural. Kalau mereka kena jadi buruk, diorang akan jadi buruk – Naim Daniel

Hiburan Mon, 3 Dec 2018
Hiburan Mon, 21 Aug 2023
Hiburan Tue, 16 May 2023

Bekerjasama Dengan Syarikat Antarabangsa, Neelofa Masih Diterima Baik Walaupun Berniqab

Neelofa kot semua syarikat berebut nak berkolaborasi bersama

Hiburan Sat, 25 May 2019

《校园主播培训营》开跑!6月1日正式招募新学员

一年一度由ntv7与八度空间联手打造的2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开跑!网上招募将从6月1日起开放报名~

Featured Fri, 10 Sep 2021

Hanya Mampu Titip Doa, 8 Ahli Keluarga Almy Nadia Positif Covid-19

Lapan ahli keluarga pelakon Datin Almy Nadia kini positif Covid-19. Menurut Almy, ahli keluarganya yang positif adalah ibu, adik perempuan dan suaminya serta empat orang anak mereka. Turut dijangkiti adalah anak angkat Almy yang kini […]