Kontinjen Negara Bakal Menyarungkan Rekaan Rizman Ruzaini Semasa Pembukaan Olimpik Paris 2024

Kontinjen Malaysia bakal menyarung pakaian berinspirasikan baju Melayu hasil pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini sempena Perasmian Olimpik Paris pada 26 Julai ini.

Memetik laporan Awani, perkara itu disahkan oleh Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam.

Malah katanya, rekaan pakaian tersebut akan diumumkan kepada umum tidak lama lagi.

“Ia akan bertemakan baju Melayu dan akan menjadi (konsep) tradisional. Kami telah memuktamadkan reka bentuk dan akan meununjukkanya kepada umum tidak lama lagi,” katanya semasa sidang media di Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Untuk rekod, duo fesyen terkenal, Rizman Ruzaini baru-baru ini mencipta sejarah dalam indsutri fesyen tempatan selepas busana rekaan mereka disarung penyanyi terkenal Lady Gaga ketika mengadakan persembahan residensi di Las Vegas.

Dhia Iwana